|
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri (PPN) Selangor, Zulkifli Ab Rahman berkata dakwaan tersebut adalah
tidak benar.
"Dakwaan DAP bahawa PPN Selangor tidak memberi borang yang mencukupi untuk parti tersebut mendaftarkan pemilih baru, adalah tidak
berasas sama sekali," tambahnya.
Dalam tempoh Januari hingga Jun 2010, DAP mengembalikan sebanyak 8,733 (78.3%) sahaja borang permohonan pendaftaran pemilih.
"Ini bermakna 2,417 (21.7%) borang masih dalam simpanan DAP," katanya.
Beliau berkata, pada bulan Januari 2010, jumlah borang yang dikemukakan oleh DAP kepada PPN Selangor adalah sebanyak 1,695.
Daripada jumlah tersebut, katanya, hanya 1,561 borang yang lengkap dan diterima pendaftaran pemilihnya oleh SPR
Manakala bakinya sebanyak 134 borang lagi telah ditolak atas sebab permohonan tidak lengkap, berganda atau salah alamat.
Pada keseluruhannya, kata Zulkifli, bagi tempoh Januari hingga Jun 2010, sebanyak 902 (8%) borang permohonan pendaftaran pemilih
ditolak oleh SPR atas sebab-sebab yang sama.
"Statistik tersebut menunjukkan bahawa tidak berlaku kekurangan pengagihan borang permohonan pendaftaran pemilih kepada DAP sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2010," jelasnya.
Malahan, tegas Zulkifli, terdapat lebihan borang seperti yang dinyatakan di atas.
"Oleh itu, SPR menafikan sekeras-kerasnya dakwaan DAP berlakunya kekurangan bekalan borang yang diagih kepada parti berkenaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan