2010/07/30
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata polis dalam tempoh itu akan menyiasat pembabitan lelaki berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu
"Polis juga sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ke atas ketiga-tiga mangsa, termasuk murid berumur 10 tahun itu.
Isnin lalu, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai ketika melakukan jenayah itu dalam basnya yang itu diletakkan di tepi jalan kira-kira 12.45 tengah hari.
Seorang guru tadika yang terdengar jeritan mangsa dari dalam bas itu telah menariknya sebelum sekumpulan orang awam menangkap suspek untuk dibawa ke balai polis berdekatan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan