2010/07/30
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan seorang daripada tiga penghantar surat yang dituduh membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati pada Januari lalu dan mengarahkan dua yang lain iaitu tertuduh adik beradik, membela diri atas tuduhan.Dalam perbicaraan ini, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24; adiknya Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah Ahmad, 23; didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Desa Melawati jam 11.50 malam, 7 Januari lalu
Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan