Halaman

Isnin, April 19, 2010

Jenazah Achik selamat dikebumikan

Jenazah Achik selamat dikebumikan
Apr 18, 10 7:44pm
Jenazah vokalis kumpulan Spin, Achik yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan semalam selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di Seremban, kira-kira 1 petang ini.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Achik, 27, dituntut oleh ahli keluarga di bilik mayat Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban setelah selesai bedah siasat.

Jenazah kemudian dimandi dan dikafankan di hospital itu dan dibawa dengan van jenazah ke rumah mertuanya di Taman Desa Ros, Ampangan di Seremban kira-kira pukul 11.30 pagi bagi membolehkan kaum keluarga dan kenalan terdekat memberi penghormatan terakhir.

Jenazah disembahyangkan di surau Taman Bukti, berhampiran Taman Desa Ros dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 12.00 tengah hari.

Suasana sedih dan sepi menyelubungi rumah mertua Allahyarham yang dihadiri lebih 100 orang termasuk saudara mara dan penduduk kawasan berkenaan.

Antara artis yang hadir memberi penghormatan terakhir ialah Hattan, Siti Nordiana atau Nana, Tomok dan Lan Kristal.

Achik atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari yang popular dengan lagu 'Janji Kita' terbunuh apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, terbabas lalu terbakar di KM 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini kira-kira jam 6.15 petang semalam.

Isteri Allahyarham, HM Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, 29, berkata setengah jam sebelum kemalangan itu berlaku, suaminya ada menelefon meminta beliau dan anak supaya bersiap tapi tidak pula dinyatakan hendak ke mana.

"Bagaimanpun tak berapa lama kemudian saya dapat panggilan telefon yang
menyatakan suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Berita sedih
yang sungguh mengejutkan saya," katanya.

Katanya minggu lalu beliau sekeluarga pindah di sebelah rumah emaknya setelah seminggu sebelum itu Allahyarham beriya-iya mengemas rumah itu termasuk mengecatnya.

"Katanya ini akan memudahkan ibu mertuanya untuk 'melihat' isteri dan anaknya Sofia, 3 tahun dan Safia, 10 bulan," katanya.

Emak Allahyarham Badariah Awaluddin, 54, berkata kali terakhir beliau berjumpa Allahyarham dua minggu lalu di rumah salah seorang adiknya.

"Allahyarham nampak pendiam dan tidak seperti biasa. Allahyarham adalah anak kelima daripada sepuluh orang adik beradik. Suami saya (ayah Allahyarham) telah meninggal dua tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Siti Nordiana yang merupakan rakan rapat Allahyarham sejak kecil berkata beliau berasa amat sedih kerana dia adalah orang terakhir berjumpa Allahyarham di Angkasapuri, semalam.

Katanya Allahyarham memang tidak ada apa-apa perubahan, cuma Allahyarham lebih banyak hendak berbual dengannya, tidak macam biasa.

"Semasa di Angkasapuri dia tumpang naik kereta Nana pada jam 5.30 petang semalam sebab keretanya jauh sedikit.....tahu-tahu jam 6 petang dia sudah meninggal dunia. Nana sangat sedih dan terkejut. Tambah sedih lagi semalam Nana lihat anaknya panggil ayah," katanya.

Hattan berkata ia satu kehilangan kerana Allahyarham masih muda lagi dan aktif.

"Saya rasa sedih dan ia juga kehilangan besar buat Negeri Sembilan kerana tidak ramai penyanyi kelahiran Negeri Sembilan. Saya ucapkan takziah dan harap keluarga Allahyarham bersabar menerima dugaan ini," katanya.

Tomok, 26, pula berkata ketiadaan Allahyarham satu kehilangan besar dalam industri muzik.

"Saya amat terkejut dan sedih apabila mendapat berita itu semalam dan tidak sangka Allahyarham pergi dulu. Saya sudah lama tidak berjumpa Allahyarham iaitu sejak lebih setahun," katanya yang seangkatan dengan Allahyarham.

Lan Kristal, 25, pula berkata walaupun tidak rapat tapi terasa kehilangan Allahyarham.

"Saya dapat tahu berita kemalangan dan kematian Achik dari Siti Nordiana melalui khidmat pesanan ringkas," katanya.

- Bernama

Ahad, April 18, 2010

Papua New Guinea dilanda gempa kuat

Papua New Guinea dilanda gempa kuat
Apr 18, 10 11:30am
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda wilayah New Guinea Timur, 316 kilometer di utara Port Moresby, Papua New Guinea pada pukul 7.15 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur berkata, gempa bumi pada kedudukan 6.7 selatan dan 147.3 timur itu adalah kira-kira 3,457 kilometer di tenggara Kunak, Sabah.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami.

ACHIK SPIN MAUT KEMALANGAN NGERI


SEREMBAN – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang semalam.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur," katanya di sini.

Katanya Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Video bantahan UPCO

Isnin, April 12, 2010

Tidurkan’ bayi dalam tong sampah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12

POLIS membawa mayat bayi untuk dibedah siasat di Sungai Choh, semalam.
POLIS membawa mayat bayi untuk dibedah siasat di Sungai Choh, semalam.
Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam.

Inilah akibatnya apabila manusia tidak mahu mengikut ajaran Tuhannya. Gejala soaial berlaku dengan berleluasa, hari demi hari, bukannya ia semakin berkurang tetapi makin kian bertambah. Hukum Allah tidak mahu dilaksanakan dalam kehidupan. Pendidikan agama hanya melepas batuk ditangga. Masa yang diperuntukan hanyalah sedikit berbanding dengan mata pelajaran lain.

Perbuatan ini berlaku kerana manusia itu jahil. Kekurangan ilmu pengetahuan berkaitan dengan kehidupan. Bila ilmu tiada, sudah tentulah ia akan melakukan sesuatu perkara tanpa pertimbangan yang wajar. Oleh itu kejahilan diri merupakan perkara utama yang perlu dihapuskan dalam diri mereka. Caranya adalah melalui pendidikan yang sempurna untuk mereka.

Begitu juga amalan beragama hendaklah ditanamkan dalam setiap diri manusia. Amalan beragama ini sangat penting kerana ia akan memberi panduan berkaitan dengan kehidupan. Dengan agama, manusia akan mengetahui halal dan haram, dosa dan pahala, baik dan buruk dan sebagainya. Ini akan memberi garis panduan kepada kehidupan manusia.

Jadi bukan sahaja ilmu dan agama dapat menentukan kejadian seperti ini tidak berulang bahkan hukum,undang-undang dan peraturan juga perlu diutamakan sebagai pemberi amaran untuk manusia.

Rabu, April 07, 2010

Kasih ibu tua 34 tahun jaga anak OKU


KARAK – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun setiap dugaan yang datang perlu ditempuhi walaupun sukar kerana ia penting untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia serba mencabar ini.

Bagi warga emas, M Ellamah, 70, kekuatan yang ada pada dirinya selepas kematian suami hampir 20 tahun lalu hanya tiga orang anaknya. (Sinar Harian).

Begitulah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Walaupun anaknya adalah seorang OKU tetapi kasih sayang untuk anak tetap terpahat dihati. Kesengsaraan untuk membesarkan anak itu tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sebagai ibu.

Usia yang meningkat tua ini tidak menghalang dirinya dalam menjaga kehidupan dan kebajikan terhadapa anak. Jika difikirkan diri yang semakin tua sepatutnya menjadi tugas anak pula untuk menyara dan menjaga dirinya tetapi apalah yang boleh diharapkan kepada anak yang OKU itu. Bukan kesenangan hari tua yang akan diperolehi tetapi bebanan untuk memelihara anak pula yang dihadapi. Tambahan pula ketiadaan suami yang telah pergi untuk selama-lamanya. Inilah contoh pengorbana seorang ibu yang seharusnya diteladani.

Namun apa yang berlaku hari ini, kejadian buang bayi semakin hari semakin bertambah. Tiada rasa kasih dan sayang kepada si anak. Keperitan dan kepayahan mengandungkan anak itu selama sembilan bulan hilang begitu saja apabila anak itu dilahirkan. Buktinya si anak atau bayi ditinggalkan di merata-rata tempat seperti yang digambarkan di dalam akhbar. Keperimanusiaan sudah tidak ada dihati akibat banyaknya dosa yang dilakulkan. Moga-moga kesedaran akan timbul pada masyarakat kita hendaknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails