Halaman

Ahad, Februari 26, 2012

Polis mahukan pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah


TERKINI @ 10:04:55 PM 25-02-2012
February 25, 2012
KUALA LUMPUR, 25 Feb  - Polis telah memohon kepada Peguam Negara supaya pengarah Pusat Fidlot Corporation (NFCorp) didakwa atas kesalahan pecah amanah selepas pemimpin pembangkang mendakwa sebahagian daripada RM250 juta pinjaman mudah kerajaan telah digunakan untuk tujuan lain.

Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengesahkan perkara itu petang tadi kepada beberapa organisasi media.

"Kami mencadangkan Pejabat Peguam Negara supaya semua pengarah NFCorp didakwa atas kesalahan pecah amanah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Terkini : Penjelasan penuh Ustaz BadrolAmin.


Sunday, February 26, 2012
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.

Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Rabu, Februari 08, 2012

SPRM soal siasat Shahrizat, mungkin berkaitan NFC


February 08, 2012
PUTRAJAYA, 8 Feb - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipercayai disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini di ibu pejabat badan pencegah rasuah berkenaan di sini.
Setiausaha akhbar Ketua Wanita Umno itu berkata kepada The Malaysian Insider, Shahrizat telah berada di pejabat SPRM sejak pukul 4 petang tadi, namun tidak pasti sama ada beliau disoal siasat berhubung isu skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat miik keluarganya.
"Memang benar beliau berada di sana sejak 4 petang tadi tapi saya tidak pasti sama ada beliau memberikan keterangan berhubung skandal tersebut," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu baru memulakan tugas rasminya sebagai menteri selepas mengambil cuti sejak tiga minggu lepas bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan sisatan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap diri dan keluarganya.
Projek bernilai RM250 juta bagi penternakan lembu itu dikatakan mempunyai "kecelaruan" dalam akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal menepati sasaran.

Mustafa Ali: PAS belum tentukan calon MB Johor


February 08, 2012
KUALA LUMPUR, 8 Feb — Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar), hari ini menggesa media tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu Naib Presiden parti Islam berkenaan, Salahudin Ayub, yang dikatakan bakal menjadi calon Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menguasai Johor dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya lagi, PAS masih belum membuat keputusan muktamad berkenaan perkara itu dan nama Salahudin hanyalah disebut sebagai salah satu calon yang akan menjadi pemangkin PAS di Johor.
“PAS belum membuat keputusan muktamad tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti. Oleh itu, sehingga kini belum putus lagi  samaada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, akan bertanding di Johor.
“Begitu juga soal siapa yang akan menjadi Menteri Besar Johor belum lagi dibincangkan di kalangan Pakatan Rakyat atau di peringkat pimpinan PAS Pusat,” jelas Mustafa dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau.
Menurutnya lagi, PAS hanya berbincang soal strategi bagi memperkukuhkan parti komponen PR itu di Johor.
“Sehingga kini, kita hanya berbincang soal bagaimana mahu memperkuatkan PAS di Johor dalam pilihan raya umum akan datang dan nama Salahudin hanya disebut sebagai salah seorang calon untuk menjadi pemangkin PAS di Johor,” katanya.
Jelasnya lagi, soal siapa yang akan menjadi MB Johor hanya akan diputuskan setelah pilihan raya selesai dan PAS menguasai negeri berkenaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails