Halaman

Isnin, Mei 24, 2010

Dua lelaki tonton aksi gadis dinodai


2010/05/24
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Gara-gara terlalu mudah mempercayai teman lelaki yang baru dikenali, seorang pelajar bukan saja dirogol, malah tindakan keji itu turut ditonton dua rakan lelaki terbabit sebelum memaksa mangsa melakukan seks oral.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu lalu, mangsa yang berusia 14 tahun diperkosa dan dicabul dalam sebuah kereta di kawasan gelap di Sungai Tekali, Hulu Langat.


Menurut sumber, mangsa berkenalan dengan suspek ketika mengikut rakannya bersiar-siar di ibu kota tiga hari sebelum kejadian.


“Dua hari kemudian, suspek membuat temujanji untuk keluar bersama. Suspek menjemput mangsa dengan kereta ditemani dua rakannya.


“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus mengikut suspek dan selepas bersiar-siar, mangsa dibawa ke tempat kejadian kira-kira jam 1 pagi,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa dirogol sambil diperhatikan dua rakan suspek. Akibat terangsang kedua-dua rakan suspek turut memaksa mangsa melakukan seks oral.


“Lebih malang, mangsa ditinggalkan di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, dalam keadaan tidak bermaya.


“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya lagi.- Harian Metro

Inilah akibat pergaulan bebas dan suka ikut orang yang tidak kenali. Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ada hadnya. Islam melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tambahan pula dengan orang yang baru dikenali. Inilah padahnya jika terlalu mengikut hawa nafsu.

Jumaat, Mei 21, 2010

24 GRO asing ditahan



2010/05/21

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BUTTERWORTH: Dua puluh empat GRO rakyat asing ditahan ketika melayan pelanggan di sebuah restoran di Jalan Megat Harun di Bukit Mertajam di sini awal hari ini.

Serbuan Jabatan Imigresen pada 12.30 pagi itu dibuat hasil intipan sejak dua minggu lalu berikutan maklumat orang ramai mengenai restoran itu yang beroperasi dari pukul 8 malam hingga 4 pagi dan menawarkan perkhidmatan GRO rakyat asing.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang Abdul Rahman Hassan berkata ketika serbuan terdapat kira-kira 200 pelanggan sedang berhibur di premis itu dan ada di antara GRO terbabit yang cuba melarikan diri melalui laluan rahsia dalam premis itu.

"Kami menahan 22 wanita rakyat Thailand dan dua wanita China yang bekerja di situ menggunakan pas lawatan sosial. Kesemua mereka yang berusia antara 20 dan 25 tahun itu kini ditahan di Depoh Tahanan Juru, di sini bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Tak ada kerja lain yang halal untuk dilakukan. Allah mengutuk dan melaknat orang yang membuat pekerjaan demikian. Bukan merka sahaja yang akan ditimpa bala tetapi juga orang-orang yang berada disekeliling mereka. oleh itu sama- samalah kita berdoa dan berusaha agar kegiatan seperti ini dapat dihapuskan di dalam negara kita ini.

Khamis, Mei 13, 2010

Khamis, Mei 06, 2010

Mayat bayi ditemui terapung dalam Sungai Klang

2010/05/06

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui terapung dalam Sungai Klang berhampiran Kampung Sungai Lancung, Subang, dekat sini hari ini.

Mayat bayi malang itu ditemui oleh seorang pemancing warga Indonesia kira-kira 12 tengah hari tadi. Terdapat kesan lebam di kepala dan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pemancing itu, Omar Hussein, 32, menemui mayat bayi berkenaan yang dalam keadaan bogel ketika sedang memancing berdekatan sungai itu.
"Apabila menyedari benda terapung dalam sungai itu adalah bayi, lelaki itu bertindak mengangkat dan meletakkan mayat bayi terbabit di tepi sungai sebelum menghubungi polis," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesan lebam di kepala bayi itu dipercayai berpunca akibat dibawa arus deras.

Zainal Rashid berkata, identiti bayi itu belum dapat dikenal pasti kerana pihaknya tidak menemui sebarang petunjuk dalam sungai terbabit yang boleh mengaitkannya dengan individu tertentu.

"Polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti ibu bapa atau mereka yang bertanggungjawab membuang bayi malang itu dan kita tidak menolak kemungkinan ibu bapa bayi itu adalah penduduk di kawasan sekitar," katanya.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-89484822. -Bernama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails