Halaman

Isnin, Mac 29, 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat



TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin. (Sinar Harian)

Semalam berita lelaki mati ditetak dalam hotel bersama teman wanitanya, hari ini pula lelaki ditangkap berkhalwat di sebuah hotel pula. Apa nak jadi dengan negara kita sekarang. Hotel atau rumah tumpangan menjadi tempat maksiat berleluasa. Tujuan dibina hotel adalah untuk menjadi tempat persinggahan atau tempat bermalam musafir. Namun begitu ia sudah menjadi sarang maksiat.

Perkara ini telah menjadi suatu yang biasa, bahkan tersebar berita keadaan ini juga berlaku dan merebak di bandar-bandar kecil. Dikatakan bahawa ada setengah-setengah hotel dan rumah tumpangan yang membenarkan pelanggannya menyewa bilik hanya untuk sejam dengan kadar bayaran tertentu. Kesempatan inilah yang diambil oleh golongan remaja yang telah runtuh akhlaknya untuk melakukan perzinaan di tempat seperti ini.

Kesimpulannya hendaklah timbul kesedaran dikalangan kita agar bangkit untuk melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar yang berlaku disekeliling kita. Moga-moga Allah menurunkan rahmat buat kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails