Halaman

Jumaat, Julai 09, 2010

Harakah jawab surat tunjuk sebab KDN




2010/07/09

KUALA LUMPUR: Akhbar keluaran PAS, Harakah hari ini menjawab surat tunjuk sebab yang diterimanya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.

Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jaafar yang juga Ahli Parlimen Tumpat, berkata surat itu diserahkan oleh Pemangku Ketua Pengarang Harakah, Taufek Yahya kepada Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al- Quran di KDN, Abdul Razak Abdul Latif di Putrajaya pada jam 3.30 petang.

Semalam, KDN menghantar surat tunjuk sebab berhubung tiga perkara iaitu lambat menghantar lapan salinan Harakah kepada KDN setiap isu, menjual kepada bukan ahli PAS dan menjual di luar daripada tempat yang dibenarkan iaitu di pejabat dan markas PAS saja.

Mengulas permit penerbitan Harakah yang tamat dua hari lalu, Kamaruddin berkata, akhbar berkenaan masih dicetak dan diedarkan hari ini memandangkan pihaknya telah membuat permohonan memperbaharui permit.

"Biasanya, sementara menunggu keputusan KDN mengenai pembaharuan permit seperti mana penerbitan lain, kami dibenarkan membuat penerbitan sehingga keputusan permohonan diperolehi," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails