Halaman

Rabu, Mac 31, 2010

Mayat janin dalam balang gula-gula


JANIN bayi yang ditemui dalam balang gula-gula di Jinjang Utara, Kuala Lumpur semalam.
JANIN bayi yang ditemui dalam balang gula-gula di Jinjang Utara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Meskipun kejadian buang bayi banyak dipaparkan di akhbar akhir-akhir ini, namun ia masih tidak memberi keinsafan kepada si pelakunya.

Kucing pun sayang pada anaknya. Bila lahir sahaja anaknya ia akan membersihkan tubuh anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Si ibu akan menjilat segala kekotoran dibadan anaknya itu. Disamping itu apa-apa kekotoran yang lain dimakannya supaya anaknya kelihatan bersih. Jika diperhatikan selepas melahirkan anak, si ibu berjaya membersihkannya tak sampai lima minit. Kelihatan anaknya itu sangat comel bila sudah dibersihkan. Namun manusia yang dikurniakan oleh Allah sifat kasih sayang dan akal yang sempurna bertindak diluar dugaan. Tindakan yang sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Apakah sifat kasih sayang yang dianugerahkan itu sudah hilang dalam diri manusia. Bukan sahaja sanggup membunuh anaknya sendiri malah lebih kejam lagi sanggup meletakkan anak itu dimerata-rata tempat begitu saja. Inilah dikatakan bila manusia tidak lagi menggunakan alak yang waras, tahap kemanusiaannya akan bertukar menjadi haiwan yang sememangnya tidak dikurniakan akal fikiran. Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah akal fikiran. Haiwan dikurniakan nafsu sahaja tetapi manusia diberi nafsu dan akal. maka akal fikiranlah yang boleh mengawal nafsu supaya tidak melakukan perkara-perkara buruk dan keji.

Namun begitu jika akal ini gagal mengawal nafsu, martabat dan darjat kemanusiaan akan berubah sama seperti binatang. Oleh itu hendaklah kita menjaga akal yang dianugerahkan Allah dengan sebaik mungkin. Moga-moga Allah akan memberkati hidup kita.


Selasa, Mac 30, 2010

Maut dalam simen basah

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan terbunuh, manakala empat rakannya cedera parah apabila besi perancah bangunan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang sedang dalam pembinaan runtuh, petang semalam. (Sinar Harian)

Keselamatan sangat diutamakan dalam apa juga pekerjaan. Tambah lagi kerja-kerja yang mempunyai risiko yang tinggi perlu mengutamakan keselamatan lebih dari yang lain. Oleh itu majikan mesti peka dan berhati-hati dengan kerja yang dilakukan. Pastikan sebelum kerja-kerja dibuat segala prosedur keselamatan telah dipatuhi. Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pengurus projek dalam hal ini.

Bukan sahaja prosedur keselamatan sebelum melakukan kerja perlu dipatuhi, bahkan segala bahan-bahan dan alatan yang digunakan juga adalah selamat. Ini mengelakan berlakunya kejadian atau kemalangan samada semasa kerja-kerja dilakukan ataupun selepas siapnya bangunan yang dibina. kita sudah tentu tidak mahu melihat adanya bangunan yang runtuh apabila sudah digunakan.

Bukan sahaja kontraktor yang membina itu sahaja yang perlu bertanggungjawab tetapi juga pengawasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa juga bertanggungjawab. Jika semua kerja-kerja pembinaan ini tidak di awasi dengan sebaiknya, sudah tentulah akan berlaku penyelewengan dalam kerja-kerja tersebut samada dari segi bahan dan peralatan dan sebagainya. Dalam kata lain mungkin unsur-unsur rasuah mudah berlaku jika tiada pengawasan yang ketat dari pihak berkuasa.

Isnin, Mac 29, 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat



TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin. (Sinar Harian)

Semalam berita lelaki mati ditetak dalam hotel bersama teman wanitanya, hari ini pula lelaki ditangkap berkhalwat di sebuah hotel pula. Apa nak jadi dengan negara kita sekarang. Hotel atau rumah tumpangan menjadi tempat maksiat berleluasa. Tujuan dibina hotel adalah untuk menjadi tempat persinggahan atau tempat bermalam musafir. Namun begitu ia sudah menjadi sarang maksiat.

Perkara ini telah menjadi suatu yang biasa, bahkan tersebar berita keadaan ini juga berlaku dan merebak di bandar-bandar kecil. Dikatakan bahawa ada setengah-setengah hotel dan rumah tumpangan yang membenarkan pelanggannya menyewa bilik hanya untuk sejam dengan kadar bayaran tertentu. Kesempatan inilah yang diambil oleh golongan remaja yang telah runtuh akhlaknya untuk melakukan perzinaan di tempat seperti ini.

Kesimpulannya hendaklah timbul kesedaran dikalangan kita agar bangkit untuk melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar yang berlaku disekeliling kita. Moga-moga Allah menurunkan rahmat buat kita.

Ahad, Mac 28, 2010

Lelaki maut, kekasih parah ditetak


PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan ditemui mati dengan lima kesan tetakan pada kaki manakala teman wanitanya pula parah akibat diserang ketika tidur dalam sebuah bilik di unit berbulan madu sebuah hotel, di sini, awal pagi semalam.(Berita Harian).

Malang sekali kerana mati dalam keadaan membuat maksiat kepada Allah. Kejadian tersebut yang berlaku di antara lelaki dan perempuan yang belum sah sebagai suami isteri sebagaimana yang dilaporkan. Dosa dan noda yang dilakukan oleh mereka tanpa takut kepada Allah berakhir dalam keadaan yang menyedihkan. Moga-moga ada rahmat Ilahi kepadanya di akhirat kelak.

Namun begitu, kejadian seperti ini menunjukkan bahawa manusia yang bergelar sebagai Islam ini sudah tidak peduli halal haram dalam kehidupannya. Asalkan ada duit semua boleh jadi. Maka perkara maksiat yang dilarang oleh Allah dibuat secara terang-terangan seperti perzinaan, khalwat, pergaulan bebas dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bahawa masyarakat sekarang ini berada dalam keadaan jahiliyyah moden.

Hukum-hukum Allah sudah tidak dipedulikan oleh manusia. Islam hanya pada nama sahaja. Perbuatan dan perlakuan tidak mencerminkan agama Islam yang dianuti. Malahan tindaktanduk mereka sama seperti orang bukan Islam. Inilah yang dapat dilihat kini. Oleh itu Islam sudah tidak dapat dicontohi oleh orang bukan Islam. Bagaimana kita hendak menarik dan berdakwah kepada mereka sedangkan akhlak dan tingkahlaku kita lebih buruk daripada mereka dalam sesetengah perkara.

Contohnya ada orang Islam yang lebih mabuk daripada bukan Islam kerana meminum arak. Islam melarang umatnya meminum arak tetapi berapa ramai di kalangan orang Islam yang meminumnya. Bahkan diberitakan berlaku juga kepada beberapa pemimpin negara. Jika demikian tidak hairanlah rakyat juga turut melakukannya.

Begitu juga dengan pergaulan bebas, perzinaan dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi dan dilakukan secara terang-terangan. Sudah tentu keadaan ini berlaku apabila terdapat contoh-contoh yang sering ditayangkan dalam hiburan-hiburan yang ada. Gambaran pergaulan bebas yang seolah-olah tidak melanggar norma-norma kehidupan dan adat resam budaya ketimuran dan keIslaman sering dipertontonkan melalui filem-filem dari barat. Akhirnya muda-mudi kita terikut-ikut dengan gaya hidup tersebut.

Barangkali akibat dari rasa cemburu dan hasad dengki, maka berlakulah perbuatan yang lebih buruk lagi sehingga kepada sanggup membunuh. Inilah kesan apabila manusia tidak mahu mengikut dan melaksanakan hukum-hukum Allah.

Sabtu, Mac 27, 2010

Bayi baru lahir maut digonggong anjing



SHAH ALAM - Mayat seorang bayi yang masih belum dikenal pasti jantinanya ditemui dalam keadaan tangan hampir terputus akibat digonggong seekor anjing dalam kejadian di Jalan Padang Tembak berdekatan Lapangan Terbang Subang, di sini, petang, semalam. (Sinar Harian)

Masalah gejala pembuangan bayi nampaknya masih lagi berterusan. Baru-baru ini telah dipaparkan betapa ramainya bayi yang dilahirkan tanpa mempunyai bapa yang telah didaftarkan dan direkodkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Inilah akibat dan kesanya apabila hukum Allah tidak ditegakkan dalam bernegara.

Apakah masih belum ada kesedaran dan keinsafan untuk kembali semua ke jalan Allah dalam kehidupan? Apakah kita masih tidak menyedari betapa banyaknya peringatan dari Allah untuk kita? Adakah kita ingin agar Allah memberi bala' sehingga semua penduduk dan negara kita dihancurkan seperti tsumani yang melanda beberapa tahun yang lalu? Takutlah kepada Allah dan mohonlah keampunan kepadanya dari segala kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.

Moga-moga kita selamat dari bala bencana dan kemurkaan dari Tuhan Yang Maha Esa.

Khamis, Mac 25, 2010

Kes anak dipaksa ibu melacur diserah polis, JKM


KUCHING - Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan masyarakat kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor, yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata, berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur kelmarin, wanita berkenaan yang sudah bercerai, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki, setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu. (Sinar harian)

Anak merupakan anugerah Allah kepada manusia. Anugerah ini hendaklah dijaga sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan nanti di hari akhirat kelak. Jadi bagi setiap ibu bapa, mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Ia perlu dibuat dengan penuh kasih sayang yang mendalam serta berpanjangan. itulah sifat naluri manusia yang diberikan oleh Allah kepada manusia.

Malangnya hari ini, kita mendengar lagi berita yang sangat menyayatkan hati. Tergamak seorang ibu yang sepatutnya memiliki sifat-sifat pengasih dan penyayang dan lemah lembut itu memaksa anak yang masih mentah dan belum mencapai usia yang matang itu menjadi seorang pelacur. Sebagi ibu menjadi satu tugas dan tanggungjawab melindungi anak-anaknya dari terjerumus ke kancah maksiat dan kemungkaran.

Demikianlah keadaan akhir zaman di mana akan berlakulah berbagai-bagai kemungkaran secara terang-terangan jika agama diabaikan dalam kehidupan. Oleh itulah dikatakan bahawa untuk mencegah berlakunya perkara tersebut, kehidupan ini hendaklah ditegakkan dengan agama dan agamalah yang mentadbir kehidupan dunia.

Isnin, Mac 22, 2010

Apa dosa bayi ini?


IPOH: Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan basah kuyup dan menggigil selepas ditinggalkan dalam hujan lebat di kawasan semak belakang sebuah pasar raya di Jalan Medan Ipoh di sini, petang kelmarin.

Bayi yang hanya berbalut dengan tuala mandi itu, dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih bertali pusat. (Berita harian)

Gejala sosial seperti ini nampaknya semakin berleluasa. Makin ia dipaparkan di media masa makin bertambah kejadian seperti ini. Barangkali benarlah kata-kata seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi dalam satu kuliahnya yang menyebut jika sesuatu keburukan itu dihebah-hebahkan samada oleh akhbar, televisyen dan sebagainya nescaya akan banyak lagi kejadian tersebut yang akan ditemui. Ia akan menjadi suatu kebiasaan oleh mereka yang terlibat kerana mereka akan beranggapan bahawa bukan dia sahaja yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu bahkan ramai lagi yang sama-sama berani melakukannya. Dengan kata lain bukan dia seorang saja yang berani dan sanggup buang anak, malah orang lain juga banyak yang buang anak.

Akhirnya mereka ini langsung tidak berasa bersalah di atas perbuatan tersebut kerana merasakan ada orang lain yang juga turut melakukannya. Seoalah-olah tiada dosa yang dilakukan olehnya sedangkan sebenarnya dia telah melakukan beberapa dosa. Sudahlah dosa kerana berzina yang telah dilakukan , dosa membuangkan bayi pula di tambah. Tak mungkin boleh mengandung dan melahirkan anak tanpa melakukan hubungan seks terlebih dahulu. Jika hubungan itu sah mengapa bayi itu perlu dibuang atau ditinggalkan dalam keadaan cuaca hujan. Tidak terfikirkah siksanya bagaimana anak itu kedinginan dalam basah kuyup?

Inilah perbuatan terkutuk yang dicela oleh Allah kepada mereka yang melakukannya. Keadaan ini berlaku akibat daripada kejahilan manusia dalam beragama. Allah telah menurunkan Al-Quran sebagai pedoman dan panduan hidup manusia. Disamping itu juga Nabi Muhammad diutuskan sebagai pembimbing umat Islam melalui hadis yang dijadikan sumber rujukan hidup manusia di atas muka bumi ini. Malangnya umat Islam pada hari ini tidak mengambilnya sebagai panduan hidup yang menyebabkan mereka semakin jahil dalam kehidupannya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan umat Islam kini mula kemabali ke zaman jahilliyah. Suatu zaman sebelum kedatangan Rasulullah yang mana masyarakat manusia ketika itu sangat jahil dari segi aqidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga asas penting dalam kehidupan manusia ini tidak ada pada masyarakat tersebut. Hidup mereka penuh dengan pergaduhan, pembunuhan, tiada ikatan persaudaraan, hidup berpuak-puak, yang kaya menindas yang miskin, hawa nafsu bermaharaja lela dan sebagainya. Lahirnya Rasulullah telah membawa rahmat ke seluruh alam semesta.

Rasulullah telah menanamkan aqidah yang mentauhidkan Allah. Keimanan kepada Allah telah dipupuk dengan yakin dalam diri setiap umat Islam sehinggakan perasaan takut kepada Allah wujud dengan sebenar-benarnya. Kemantapan aqidah yang sohih dalam diri umat Islam itu menyebabkan mereka meninggalkan semua larangan Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan bersungguh-sungguh. Kejayaan Rasulullah membina aqidah yang mantap kepada para sahabat dan umat Islam telah menghapuskan kehidupan jahilliyan mereka. Meraka menjadi umat yang bersatu dari segi aqidahnya. Wujud ikatan persaudaraan sesama Islam yang kental di hati mereka. Tidak ada lagi pergaduhan antara mereka dan semua puak-puak berjaya disatukan.

Akhirnya syariat Islam dapat dibina dan ditegakkan dalam kehidupan. Segala hukum Allah dapat dilaksanakan dalam kehidupan. Tidak ada orang yang berani melanggar syariat Islam. Masing-masing patuh dengan peraturan-peraturan hidup yang dibawa oleh Rasulullah. Kehidupan menjadi aman dan tenteram. Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat diamalkan dengan sempurna. Malahan kehidupan bernegara juga dapat ditegakkan dengan dengan gemilang. Inilah bimbingan yang dibawa oleh junjungan besar nabi Muhammad.

Begitu juga baginda membawa bimbingan akhlak dalam kehidupan masyarakat jahiliyyah ketika itu. Rasulullah telah menunjukkan contoh tauladan yang baik sebagai ikutan umat Islam. Keindahan akhlak baginda cukup memukau masyarakat dan menjadi pegangan hidup mereka. Tiada lagi pembunuhan anak-anak perempuan, tiada lagi pergaduhan sesama sendiri, hidup saling bantu-membantu antara satu sama lain. Ini yang telah berlaku apabila akhlak wujud pada semua umat Islam ketika itu. Oleh itu tidak ada masalah gejala sosial dan perbuatan sumbang apabila kita kembali kepada perintah Allah.

Hari ini didapati keadaan gejala sosial berleluasa adalah kerana peranan institusi-institusi yang ada tidak berfungsi dengan baik. Antaranya ialah institusi keluarga yang tidak berjalan sebagaimana diperintahkan oleh Allah dan Rasul dalam kehidupan. Ibu-bapa kini rata-rata tidak seperti ibu-bapa di zaman dahulu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Anak-anak didik dengan pelajaran agama, mengaji al-quran, ilmu-ilmu fardu A'in dan sebagainya. Oleh itu pegangan agama sangat dititikberatkan dalam kehidupan anak-anak.

Bukan sekadar memberi pendidikan agama, malahan dipastikan semua anak-anaknya mengerjakan sembahyang, puasa dan ibadat yang lainnya sejak dari kecil lagi. Disamping itu tingkah laku dan akhlak anak-anak sentiasa dikawal dan diawasi samada di rumah atau diluar rumah oleh ibu-bapa mereka. Keadaan ini berterusan sehinggalah anak mereka itu berumahtangga. Oleh itu jarang sekali kedengaran berita perlakuan sumbang dan sebagainya di zaman tersebut. Kebebasan anak-anak sentiasa diawasi agar tidak menjatuhkan air muka atau maruah ibu-bapa. Malangnya kini ibu-bapa sudah tidak ambil peduli tingkah laku dan kebebasan anak-anak mereka. Kononnya kehidupan global kini menyebabkan mereka dikatakan sebagai tidak bertamadun jika menghalang kebebasan anak-anak. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dibiarkan. Malah ada ibu-bapa yang tidak menghiraukan jika anak perempuannya menaiki motor bersama teman lelaki atau tunangnya keluar bersiar-siar sehingga jauh malam.

Sudah tentulah institusi keluarga sebegini merupakan punca berlakunya kejadian gejala sosial pada hari ini. Oleh itu tidak hairanlah kalau institusi keluarga ini mendapat kemukaan dari Allah kerana bukan sahaja tidak takut kepada peraturan dan undang-undang manusia malah tidak takut kepada Allah yang menciptakannya.

Selain itu, institusi kedua yang tidak memainkan peranannya ialah institusi masyarakat. Kebanyakkan masyarakat pada hari ini juga tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekelilingnya. Jiran sesama jiran di sesebuah kampung, taman dan sebagainya sudah tidak ambil peduli lagi. Masing-masing dengan hal sendiri dan keluarga sendiri. Tidak seperti zaman dulu jika ada anak dara di kampung itu dibawa oleh teman lelaki bermotor, seluruh penduduk kampung itu akan menegur ibu-bapanya. Mereka tidak mahu ada penduduk yang menjatuhkan maruah mereka di kampung itu. Rasa malu akan menyelubungi seluruh kampung tersebut jika keadaan itu berlaku. Bukan sahaja Ketua kampung dan jawatankuasanya yang akan berasa malu bahkan semuanya sekali. Hari ini berlaku sebaliknya dimana lelaki dan perempuan yang menaiki motor tersebut boleh pula memberi salam kepada tuan imam ketika berselisihnya dengannya tanpa rasa malu dengan perbuatan mereka itu. Lebih malang lagi Tok Imam pula yang tersipu-sipu melihat perbuatan itu dan tidak pula membuat teguran. Inilah keadaan akhir zaman.

Satu lagi institusi yang tidak berperanan ialah pihak yang berkuasa atau pemerintah. Tidak ada suasana atau biah yang baik dalam negara. Apa yang ada adalah galakan kepada berlakunya perkara-perkara maksiat dengan hiburan yang melalaikan. Berbagai bentuk hiburan didedahkan kepada orang ramai. Generasi muda disajikan dengan berbagai program di kaca televisyen yang menjadikan artis sebagai idola mereka. Konsert-konsert sempena menyambut hari-hari perayaan menggalakan muda-mudi dan remaja keluar berpasang-pasangan. Kesannya berlakulah perbuatan terkutuk seperti yang didedahkan oleh media masa pada malam menyambut Tahun Baru dan sebagainya.

Kewajiban sebagai pemerintah ialah membina umat Islam dengan aqidah yang sohih, melaksanakan syariat Islam dan membina akhlak yang mulia dalam negara. Semua rakyat hendaklah dipastikan mempunyai aqidah yang mantap.Untuk itu berbagai program agama hendaklah dibuat secara bersungguh-sungguh disamping menghentikan semua program yang melalaikan rakyat. Begitu juga hendaklah melaksanakan syariat Allah termasuklah melaksanakan hukum-hukum Allah dalan semua aspek kehidupan. Dengan melaksanakan hukum Allah ini akan mendapat bantuan Allah untuk menghapuskan gejala sosial ini. Demikian juga wajib memastikan akhlak Islam diamalkan oleh seluruh umat Islam.

Ahad, Mac 14, 2010

Warga emas parah dilanggar peragut


TELUK INTAN - Seorang warga emas yang baru pulang dari mengaji al-Quran cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar seorang penjenayah dalam cubaan meragut.


Miserikah Bakri, 60, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam, ketika dia pulang ke rumahnya di Parit 1 daripada Parit 2, Pengkalan Daun, Chenderong Balai selepas mengikuti pengajian al-Quran.(Sinar Harian)


Kejadian meragut masih lagi berlaku dengan berleluasa. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja beritanya. Mengapakah keadaan ini masih berterusan? Adakah usaha mencegah perbuatan ini masih tidak mencukupi? Apakah negara kita masih kekurangan polis untuk mengawasi dan menjaga keselamatan negara dari jenayah seperti ini? Adakah kesedaran dan keinsafan masyarakat tentang jenayah ini masih ditahap yang rendah?

Barangkali keadaan desakan hidup kepada masyarakat dan keluarga menyebabkan jenayah ini masih berlaku. Kehidupan yang susah terutama untuk mendapatkan wang sekarang ini mungkin satu faktor yang menyumbangkan kepada masalah ini. Keadaan ekonomi yang masih diparas yang rendah dan tidak baik memang menyebabkan sukarnya kita untuk mendapat duit terutama bagi mereka yang bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak menentu tanpa pekerjaan yang tetap sudah tentu tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang. jalan mudahnya ialah dengan meragut.

Risiko yang ditanggung oleh mereka pula adalah hal yang lain. Walaupun kadang-kadang mereka sedar akan risikonya tetapi untuk mencari sesuap nasi dengan mudah maka caranya hanyalah dengan sedemikian. Keselamatan dan nyawa dipertaruhkan. Oleh itu kesan kepada keadaan ekonomi sebenarnya banyak menyumbang kepada jenayah dalam sesebuah negara. Malahan bukan sahaja masalah jenayah yang wujud, masalah-masalah sosial yang lain juga akan bertambah apabila keadaan ekonomi negara terus merudum.

Khamis, Mac 11, 2010

Guru, 3 murid tadika diserang lelaki kurang siuman


MUAR: Tiga murid dan seorang guru tadika cedera parah selepas diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah tadika di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.(Harian Metro)


Aspek keselamatan sangat penting dan perlu dipertingkatkan bagi setiap organisasi terutamanya seperti sebuah tadika. Oleh itu kementerian pelajaran telah mewajibkan semua sekolah mempunyai pengawal keselamatan. Tugas mereka adalah memastikan bukan sahaja keadaan keselamatan sekolah terkawal malahan keselamatan pelajar-pelajar juga terjamin.

Dalam keadaan hidup hari ini, sesuatu kejadian buruk jarang dapat dihidu akan berlaku. Maka sudah tentulah bagi sebuah institusi seperti tadika ini sangat memerlukan kawalan keselamatan. Walaupun semasa sesi persekolahan berlangsung, pintu pagar dikunci sebaiknya masih berlaku kejadian tersebut. Ini menunjukkan bahawa sangat wajar untuk tadika tersebut mempunyai pengawal keselamatan yang boleh mengawasi dan menghalang orang luar dari memasuki premis tersebut. Dengan demikian berkemungkinan kejadian itu boleh dielakkan.


Oleh itu disarankan agar semua tadika-tadika atau pra-sekolah di seluruh negara memberi perhatian agar aspek keselamatan murid-murid ini perlu diutamakan. Wujudkanlah perkhidmatan pengawal keselamatan di tadika tersebut. Biarlah kita beringat sebelum kena. Janganlah menunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur.

Selasa, Mac 09, 2010

Tanda-tanda demikian itu yang terdapat pada orang yang sodiq (benar) ialah :

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji' إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

Seluk payudara


KUALA LUMPUR: “Saya dipijak, diheret dan ditendang tanpa belas kasihan lebih 30 minit. Tidak cukup dengan itu mereka juga menyeluk payudara saya,” kata Salmah Salleh, 57, menceritakan detik cemas dia disamun dua lelaki diketuai kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini, Jumaat lalu.(Harian Metro).


Apakah perbuatan tersesbut berlaku kerana desakan hidup untuk memperolehi wang dengan mudah? Tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu? Kemanakah ibubapa mereka? Adakah mereka ini terdiri dari golongan yang terbiar oleh keluarga dan masyarakat? Tergamak mereka melakukan kepada seorang perempuan tua seperti itu?


Inilah beberapa persoalan yang timbul apabila melihat kejdian di atas. Suatu yang menarik untuk diperkatakan di sini ialah peranan masyarakat dalam menangani masalah ini. Keadaan hidup yang serba mencabar pada hari ini menyebabkan masyarakat kini seolah-olah tidak menambil peduli hal-hal persekitaran tempat kediaman masing-masing.


Konsep hidup berjiran sudah diabaikan. Masing-masing dengan hidupnya sendiri. Apa yang berlaku pada jiran sebelah sudah tidak peduli lagi. Yang penting adalah kerja mencari wang untuk hidup. Tanpa wang tidak ada apa yang boleh dibuat.


Kehidupan kini perlukan wang untuk membeli makanan,pakaian,keperluan peralatan rumah, kenderaan,tempat kediaman dan sebagainya. Jika ia sudah diperolehi, sudah tentulah hendak dikejar tentang keselesaan pula. Itu juga memerlukan wang. Oleh itu kehidupan kini menjadikan manusia hanya berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang. Wang diibaratkan segala-galanya dalam hidup.


Akibat tidak ambil peduli apa yang berlaku disekeliling maka kesannya berlakulah kejadian sebegini. Tiada lagi tegur-menegur di antara jiran berkaitan dengan perkara mungkar yang berlaku. Malahan lebih menyedihkan lagi jika teguran dibuat kepada anak-anak atau keluarga mereka, ibu-bapa pula yang melenting dan memarahi jiran yang memberi nasihat tersebut. Inilah sikap yang ada di kalangan masyarakat kita pada hari ini menyebabkan kejadian seperti ini semakin berleluasa.


Isnin, Mac 08, 2010

Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu


KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.(Harian Metro).

Mudahnya untuk mendapat video lucah dari berbagai sumber pada hari ini menyebabkan bukan sahaja golongan dewasa terdedah dengan perlakuan tidak bermoral, perzinaan yang berleluasa, kejadian rogol dan sebagainya tetapi juga melibatkan kanak-kanak. Hari ini, masyarakat kita sangat mudah mendapat bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gamabar-gambar lucah, video klip berbentuk porno dan sebagainya. Hanya dengan melayari internet, kanak-kanak juga boleh melayarinya tanpa ada halangan.

Oleh itu kemajuan teknologi yang disalahgunakan oleh kanak-kanak ini akan membawa kepada keinginan untuk melakukan perlakuan yang sedemikian. Ibu-bapa yang sering sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya akan meninggalkan anak-anak tanpa awasan dan jagaan sesiapa di rumah mereka. Masa inilah suatu kesempatan yang akan digunakan oleh mereka melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Tambahan pula mereka ini sering terdedah dengan aktiviti menonton video lucah dan melihat gambar-gambar porno yang beleh didapati melalui melayari internet atau melalui telefon bimbit.

Kesannya mereka ini yang memang sudah terangsang dengan keadaan yang sedemikian akan ingin mencuba untuk melakukkannya pula. Apabila ada kesempatan tidak hairanlah kejdian seperti di atas ini berlaku. Soalnya ialah mengapa ia boleh berlaku? Antara sebab-sebabnya ialah ibu-bapa yang tidak prihatin terhadapa anak-anak di rumah. Ibu-bapa wajib memberi didikan kepada anak-anak terutamanya berkaitan denga hal keagamaan. Anak-anak hendaklah didik dengan agama supaya setiap kehidupan ini akan dilindungi dengan perkara-perkara yang diperintah oleh Allah dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Apabila sudah tertanam dengan nilai-nilai keagamaan, anak-anak ini sudah tentu tidak akan melakukan perkara yang dilarang dalam agama seperti menonton video lucah dan sebagainya. Perasaan takut untuk melakukan kemungkaran haruslah diwujudkan dalam diri mereka dengan menerangkan balasan-balasan yang akan ditanggung di akhirat kelak seperti azab api neraka dan sebagainya.

Kehidupan ini mestilah mengambil kira dosa dan pahala. Jika perbuatan itu dapat memberi pahala maka hendalah kita segera mengerjakannya dan sebaliknya jika ia boleh mendatangkan dosa hendaklah kita meningglkannya denga segera. Inilah pertimbangan ynag harus di tanamkan didalam jiwa anak-anak kita sejak dari kecil lagi.

Disamping itu juga hendaklah ibu-bapa mengawasi aktiviti anak-anak mereka samada dirumah atau pun diluar rumah. Ada sesetengah kanak-kanak ini sangat bijak memberi alasan kepada ibu-bapa mereka kononnya hendak pergi ke sekolah membuat aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Sedangkan mereka ini melencong ke siber cafe untuk melayari internet seperti bermain games dan melihat gambar lucah dan sebagainya. Pemilik siber cafe ini kadang-kadang tidak menghiraukan peraturan yang melarang kanak-kanak di bawah umur masuk ke premis mereka. Hanya keuntungan sahaja yang dipentingkan.

Makin ramai yang masuk ke pusat siber mereka, makin maju dan bertambahlah untung yang boleh mereka kaut. Bahkan ada kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang ponteng sekolah semata-mata sudah 'gila' dengan pusat siber cafe. Oleh itu pendedahan diri kanak-kanak ini kepada aktiviti yang tidak berfaedah dan membuang masa telah berleluasa. Lebih menyedihkan lagi hilang maruah diri dan perasaan malu sehinggkan sanggup melakukan perkata yang terkutuk dan bertentangan dengan nilai murni masyarakat.

Dirumah pula kemudahan internet, astro, video dan sebagainya sudah menjadi satu keperluan. Kadang-kadang rumah tersebut kelihatan usang dan buruk tetapi lengkap dengan kemudahan -kemudahan tersebut. Oleh itu pendedahan kepada perkara-perkara mungkar seperti filem-filem lucah dan sebagainya telah lama menguasai jiwa kanak-kanak sekarang ini. Mereka yang ditinggalkan tanpa pengawasan keluarga yang ibu da bapanya bekerja di luar mudah terdedah dengan gejala tersebut.

Maka marilah kita sebagai ibu-bapa dan sebahagian masyarakat untuk mengambil kira dan prihatin terhadap anak-anak kita. Awasilah perlakuan dan tindak tanduk mereka pada setiap masa agar tidak terjebak denga kejadian seperti di atas.

Khamis, Mac 04, 2010

Polis Tahan 26 Orang Termasuk Pemilik Rumah Terbabit Dalam Judi


SHAH ALAM: Polis menahan 26 orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat, kira-kira 50 km dari sini semalam. (The Star Melayu)

Berjudi adalah satu yang dilarang oleh Allah dan berdosa besar. Orang yang berjudi adalah orang ingin mengambil jalan singkat untuk cepat kaya. Jalan mudah mendapat wang ialah dengan berjudi. Tanpa mengeluarkan titik peluh dan kekuatan fizikal serta mental, orang yang berjudi boleh mendapat wang jika ia menang judi. Sebaliknya jika kalah sudah tentulah semua wangnya akan habis dan boleh jadi bangrap.

Apakah benar jika berjudi boleh cepat jadi kaya? Berapa ramai manusia yang berjudi yang sudah menjdi kaya? Adakan hartawan yang ada sekarang ini kebanyakkanyan mendapat kekayaan melalui perjudian? Realitinya hanya segelintir kecil saja yang kaya dari hasil judi. Malahan ramai yang lain telah menjdi bangrap kerana judi. Oleh itu judi tidak memberi manafaat kepada manusia.

Orang yang selalu berjudi akan menjadi manusia yang melarat. Kehidupannya tidak terurus . Perbelanjaan rumahtangga akan menjadi tidak teratur akibat dari tidak ada wang. Akhirnya rumahtangga menjadi porak-poranda dan gejala sosial juga berpunca dari keadaan ini. Timbullah kejadian ragut, mencuri, merompak dan sebagainya. Lebih malang lagi mereka ini terlibat pula dengan hutang yang banyak akibat gila berjudi dan mencagarkan apa juga hartanya yang ada. Bahkan sadisnya ada yang sanggup mengadaikan anak perempuan dan isteri sebagin cagaran hutang yang dilakukan untuk berjudi.

Allah melarang perjudian. Berjudi ini merupakan suatu yang tidak produktif dan tidak mengubah keadaan sosioekonomi negara pun. Malah ia mendatangkan dosa yang besar dan tidak diampunkan oleh Allah di akhirat kelak. Jadi hendaklah setiap kita menjauhi perbuatan berjudi in. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan untuk mendapat rezeki yang halal. Berusaha dan bertawakallah untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh dalam mendapatkan rezeki. Nescaya Allah akan menolong orang yang berserah kepadanya.

Rabu, Mac 03, 2010

Seks lebih 20 kali


HULU TERENGGANU – Tindakan pelajar perempuan berumur 15 tahun yang melakukan hubungan seks lebih 20 kali sejak November tahun lalu dengan teman lelakinya, bekas penagih dadah mengundang padah apabila dia kini disahkan mengandung 12 minggu.(Sinar harian)

Inilah padahnya apabila tidak mahu mengamalkan ajaran Islam. Dalam Islam adalah dilarang bagi perempuan dan lelaki yang bukan muhrim keluar berdua-duaan. Ini kerana banyak perkara buruk yang akan berlaku. Bergaul bebas antara satu sama lain bagi lelaki dan perempuan hukumnya haram dan berdosa. Jika dua lelaki dan perempuan itu berada ditempat yang sunyi, maka orang yang ketiga itu adalah syaitan. Ini telah disebut dalam hadis.

Sebagai ibu bapa pula hendaklah memantau dan memastikan anaknya itu tidak keluar bebas dengan seiapa sahaja teman lelaki walaupun pada siang harinya. Anak-anak perempuan hendaklah di kawal pergerakanya samada pergi ke sekolah atau kemana-mana sahaja. Ini adalah tanggungjawab bagi ibu bapa. Jangankan kerana sayang pada mereka, maka mereka bebas untuk kemana sahaja. Akibatnya akan terjadilah perkara yang menjijikan dan memalukan air muka ibu- bapa dengan kejadian seperti tersebut.

Anak-anak hendaklah dididik denga ajaran agama secara bersungguh-sungguh. Tahu mana satu halal dan haram. Tanamkan keimanan dan aqidah yang kuat dalam diri mereka agar sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganya. Inilah tanggujawab kedua ibu-bapa dalam kehidupan berkeluarga. Tidak ada alasan yang dapat diberikan apabila bertemu dengan Allah di akhirat kelak. Sama-samalah kita mengambil iktibar dari kejadian tersebut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails