Halaman

Ahad, Mac 14, 2010

Warga emas parah dilanggar peragut


TELUK INTAN - Seorang warga emas yang baru pulang dari mengaji al-Quran cedera parah apabila motosikal yang ditunggangnya dilanggar seorang penjenayah dalam cubaan meragut.


Miserikah Bakri, 60, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi semalam, ketika dia pulang ke rumahnya di Parit 1 daripada Parit 2, Pengkalan Daun, Chenderong Balai selepas mengikuti pengajian al-Quran.(Sinar Harian)


Kejadian meragut masih lagi berlaku dengan berleluasa. Boleh dikatakan setiap minggu ada saja beritanya. Mengapakah keadaan ini masih berterusan? Adakah usaha mencegah perbuatan ini masih tidak mencukupi? Apakah negara kita masih kekurangan polis untuk mengawasi dan menjaga keselamatan negara dari jenayah seperti ini? Adakah kesedaran dan keinsafan masyarakat tentang jenayah ini masih ditahap yang rendah?

Barangkali keadaan desakan hidup kepada masyarakat dan keluarga menyebabkan jenayah ini masih berlaku. Kehidupan yang susah terutama untuk mendapatkan wang sekarang ini mungkin satu faktor yang menyumbangkan kepada masalah ini. Keadaan ekonomi yang masih diparas yang rendah dan tidak baik memang menyebabkan sukarnya kita untuk mendapat duit terutama bagi mereka yang bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak menentu tanpa pekerjaan yang tetap sudah tentu tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang. jalan mudahnya ialah dengan meragut.

Risiko yang ditanggung oleh mereka pula adalah hal yang lain. Walaupun kadang-kadang mereka sedar akan risikonya tetapi untuk mencari sesuap nasi dengan mudah maka caranya hanyalah dengan sedemikian. Keselamatan dan nyawa dipertaruhkan. Oleh itu kesan kepada keadaan ekonomi sebenarnya banyak menyumbang kepada jenayah dalam sesebuah negara. Malahan bukan sahaja masalah jenayah yang wujud, masalah-masalah sosial yang lain juga akan bertambah apabila keadaan ekonomi negara terus merudum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails