Halaman

Ahad, Mac 28, 2010

Lelaki maut, kekasih parah ditetak


PORT DICKSON: Seorang ahli perniagaan ditemui mati dengan lima kesan tetakan pada kaki manakala teman wanitanya pula parah akibat diserang ketika tidur dalam sebuah bilik di unit berbulan madu sebuah hotel, di sini, awal pagi semalam.(Berita Harian).

Malang sekali kerana mati dalam keadaan membuat maksiat kepada Allah. Kejadian tersebut yang berlaku di antara lelaki dan perempuan yang belum sah sebagai suami isteri sebagaimana yang dilaporkan. Dosa dan noda yang dilakukan oleh mereka tanpa takut kepada Allah berakhir dalam keadaan yang menyedihkan. Moga-moga ada rahmat Ilahi kepadanya di akhirat kelak.

Namun begitu, kejadian seperti ini menunjukkan bahawa manusia yang bergelar sebagai Islam ini sudah tidak peduli halal haram dalam kehidupannya. Asalkan ada duit semua boleh jadi. Maka perkara maksiat yang dilarang oleh Allah dibuat secara terang-terangan seperti perzinaan, khalwat, pergaulan bebas dan sebagainya. Inilah yang dikatakan bahawa masyarakat sekarang ini berada dalam keadaan jahiliyyah moden.

Hukum-hukum Allah sudah tidak dipedulikan oleh manusia. Islam hanya pada nama sahaja. Perbuatan dan perlakuan tidak mencerminkan agama Islam yang dianuti. Malahan tindaktanduk mereka sama seperti orang bukan Islam. Inilah yang dapat dilihat kini. Oleh itu Islam sudah tidak dapat dicontohi oleh orang bukan Islam. Bagaimana kita hendak menarik dan berdakwah kepada mereka sedangkan akhlak dan tingkahlaku kita lebih buruk daripada mereka dalam sesetengah perkara.

Contohnya ada orang Islam yang lebih mabuk daripada bukan Islam kerana meminum arak. Islam melarang umatnya meminum arak tetapi berapa ramai di kalangan orang Islam yang meminumnya. Bahkan diberitakan berlaku juga kepada beberapa pemimpin negara. Jika demikian tidak hairanlah rakyat juga turut melakukannya.

Begitu juga dengan pergaulan bebas, perzinaan dan sebagainya yang semakin menjadi-jadi dan dilakukan secara terang-terangan. Sudah tentu keadaan ini berlaku apabila terdapat contoh-contoh yang sering ditayangkan dalam hiburan-hiburan yang ada. Gambaran pergaulan bebas yang seolah-olah tidak melanggar norma-norma kehidupan dan adat resam budaya ketimuran dan keIslaman sering dipertontonkan melalui filem-filem dari barat. Akhirnya muda-mudi kita terikut-ikut dengan gaya hidup tersebut.

Barangkali akibat dari rasa cemburu dan hasad dengki, maka berlakulah perbuatan yang lebih buruk lagi sehingga kepada sanggup membunuh. Inilah kesan apabila manusia tidak mahu mengikut dan melaksanakan hukum-hukum Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails