Halaman

Khamis, Mac 11, 2010

Guru, 3 murid tadika diserang lelaki kurang siuman


MUAR: Tiga murid dan seorang guru tadika cedera parah selepas diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki dipercayai tidak siuman dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi di sebuah tadika di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, di sini hari ini.(Harian Metro)


Aspek keselamatan sangat penting dan perlu dipertingkatkan bagi setiap organisasi terutamanya seperti sebuah tadika. Oleh itu kementerian pelajaran telah mewajibkan semua sekolah mempunyai pengawal keselamatan. Tugas mereka adalah memastikan bukan sahaja keadaan keselamatan sekolah terkawal malahan keselamatan pelajar-pelajar juga terjamin.

Dalam keadaan hidup hari ini, sesuatu kejadian buruk jarang dapat dihidu akan berlaku. Maka sudah tentulah bagi sebuah institusi seperti tadika ini sangat memerlukan kawalan keselamatan. Walaupun semasa sesi persekolahan berlangsung, pintu pagar dikunci sebaiknya masih berlaku kejadian tersebut. Ini menunjukkan bahawa sangat wajar untuk tadika tersebut mempunyai pengawal keselamatan yang boleh mengawasi dan menghalang orang luar dari memasuki premis tersebut. Dengan demikian berkemungkinan kejadian itu boleh dielakkan.


Oleh itu disarankan agar semua tadika-tadika atau pra-sekolah di seluruh negara memberi perhatian agar aspek keselamatan murid-murid ini perlu diutamakan. Wujudkanlah perkhidmatan pengawal keselamatan di tadika tersebut. Biarlah kita beringat sebelum kena. Janganlah menunggu sehingga nasi sudah menjadi bubur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails