Halaman

Khamis, Mac 04, 2010

Polis Tahan 26 Orang Termasuk Pemilik Rumah Terbabit Dalam Judi


SHAH ALAM: Polis menahan 26 orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam satu serbuan di sebuah rumah teres satu tingkat di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat, kira-kira 50 km dari sini semalam. (The Star Melayu)

Berjudi adalah satu yang dilarang oleh Allah dan berdosa besar. Orang yang berjudi adalah orang ingin mengambil jalan singkat untuk cepat kaya. Jalan mudah mendapat wang ialah dengan berjudi. Tanpa mengeluarkan titik peluh dan kekuatan fizikal serta mental, orang yang berjudi boleh mendapat wang jika ia menang judi. Sebaliknya jika kalah sudah tentulah semua wangnya akan habis dan boleh jadi bangrap.

Apakah benar jika berjudi boleh cepat jadi kaya? Berapa ramai manusia yang berjudi yang sudah menjdi kaya? Adakan hartawan yang ada sekarang ini kebanyakkanyan mendapat kekayaan melalui perjudian? Realitinya hanya segelintir kecil saja yang kaya dari hasil judi. Malahan ramai yang lain telah menjdi bangrap kerana judi. Oleh itu judi tidak memberi manafaat kepada manusia.

Orang yang selalu berjudi akan menjadi manusia yang melarat. Kehidupannya tidak terurus . Perbelanjaan rumahtangga akan menjadi tidak teratur akibat dari tidak ada wang. Akhirnya rumahtangga menjadi porak-poranda dan gejala sosial juga berpunca dari keadaan ini. Timbullah kejadian ragut, mencuri, merompak dan sebagainya. Lebih malang lagi mereka ini terlibat pula dengan hutang yang banyak akibat gila berjudi dan mencagarkan apa juga hartanya yang ada. Bahkan sadisnya ada yang sanggup mengadaikan anak perempuan dan isteri sebagin cagaran hutang yang dilakukan untuk berjudi.

Allah melarang perjudian. Berjudi ini merupakan suatu yang tidak produktif dan tidak mengubah keadaan sosioekonomi negara pun. Malah ia mendatangkan dosa yang besar dan tidak diampunkan oleh Allah di akhirat kelak. Jadi hendaklah setiap kita menjauhi perbuatan berjudi in. Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan untuk mendapat rezeki yang halal. Berusaha dan bertawakallah untuk berkerja dengan bersungguh-sungguh dalam mendapatkan rezeki. Nescaya Allah akan menolong orang yang berserah kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails