Halaman

Khamis, Mac 25, 2010

Kes anak dipaksa ibu melacur diserah polis, JKM


KUCHING - Biro Pengaduan Awam (BPA) menyerahkan kepada polis dan Jabatan Kebajikan masyarakat kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun dari Rawang, Selangor, yang didakwa dipaksa ibunya menjadi pelacur. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata, berdasarkan aduan yang diterimanya di Kuala Lumpur kelmarin, wanita berkenaan yang sudah bercerai, dilaporkan sering bertukar pasangan lelaki, setiap malam di rumah yang turut didiami anaknya itu. (Sinar harian)

Anak merupakan anugerah Allah kepada manusia. Anugerah ini hendaklah dijaga sebagai satu amanah yang akan dipersoalkan nanti di hari akhirat kelak. Jadi bagi setiap ibu bapa, mendidik dan membesarkan anak dengan sempurna merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan. Ia perlu dibuat dengan penuh kasih sayang yang mendalam serta berpanjangan. itulah sifat naluri manusia yang diberikan oleh Allah kepada manusia.

Malangnya hari ini, kita mendengar lagi berita yang sangat menyayatkan hati. Tergamak seorang ibu yang sepatutnya memiliki sifat-sifat pengasih dan penyayang dan lemah lembut itu memaksa anak yang masih mentah dan belum mencapai usia yang matang itu menjadi seorang pelacur. Sebagi ibu menjadi satu tugas dan tanggungjawab melindungi anak-anaknya dari terjerumus ke kancah maksiat dan kemungkaran.

Demikianlah keadaan akhir zaman di mana akan berlakulah berbagai-bagai kemungkaran secara terang-terangan jika agama diabaikan dalam kehidupan. Oleh itulah dikatakan bahawa untuk mencegah berlakunya perkara tersebut, kehidupan ini hendaklah ditegakkan dengan agama dan agamalah yang mentadbir kehidupan dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails