Halaman

Isnin, Mac 08, 2010

Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu


KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.(Harian Metro).

Mudahnya untuk mendapat video lucah dari berbagai sumber pada hari ini menyebabkan bukan sahaja golongan dewasa terdedah dengan perlakuan tidak bermoral, perzinaan yang berleluasa, kejadian rogol dan sebagainya tetapi juga melibatkan kanak-kanak. Hari ini, masyarakat kita sangat mudah mendapat bahan-bahan yang tidak bermoral seperti gamabar-gambar lucah, video klip berbentuk porno dan sebagainya. Hanya dengan melayari internet, kanak-kanak juga boleh melayarinya tanpa ada halangan.

Oleh itu kemajuan teknologi yang disalahgunakan oleh kanak-kanak ini akan membawa kepada keinginan untuk melakukan perlakuan yang sedemikian. Ibu-bapa yang sering sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya akan meninggalkan anak-anak tanpa awasan dan jagaan sesiapa di rumah mereka. Masa inilah suatu kesempatan yang akan digunakan oleh mereka melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Tambahan pula mereka ini sering terdedah dengan aktiviti menonton video lucah dan melihat gambar-gambar porno yang beleh didapati melalui melayari internet atau melalui telefon bimbit.

Kesannya mereka ini yang memang sudah terangsang dengan keadaan yang sedemikian akan ingin mencuba untuk melakukkannya pula. Apabila ada kesempatan tidak hairanlah kejdian seperti di atas ini berlaku. Soalnya ialah mengapa ia boleh berlaku? Antara sebab-sebabnya ialah ibu-bapa yang tidak prihatin terhadapa anak-anak di rumah. Ibu-bapa wajib memberi didikan kepada anak-anak terutamanya berkaitan denga hal keagamaan. Anak-anak hendaklah didik dengan agama supaya setiap kehidupan ini akan dilindungi dengan perkara-perkara yang diperintah oleh Allah dan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.

Apabila sudah tertanam dengan nilai-nilai keagamaan, anak-anak ini sudah tentu tidak akan melakukan perkara yang dilarang dalam agama seperti menonton video lucah dan sebagainya. Perasaan takut untuk melakukan kemungkaran haruslah diwujudkan dalam diri mereka dengan menerangkan balasan-balasan yang akan ditanggung di akhirat kelak seperti azab api neraka dan sebagainya.

Kehidupan ini mestilah mengambil kira dosa dan pahala. Jika perbuatan itu dapat memberi pahala maka hendalah kita segera mengerjakannya dan sebaliknya jika ia boleh mendatangkan dosa hendaklah kita meningglkannya denga segera. Inilah pertimbangan ynag harus di tanamkan didalam jiwa anak-anak kita sejak dari kecil lagi.

Disamping itu juga hendaklah ibu-bapa mengawasi aktiviti anak-anak mereka samada dirumah atau pun diluar rumah. Ada sesetengah kanak-kanak ini sangat bijak memberi alasan kepada ibu-bapa mereka kononnya hendak pergi ke sekolah membuat aktiviti kokurikulum dan sebagainya. Sedangkan mereka ini melencong ke siber cafe untuk melayari internet seperti bermain games dan melihat gambar lucah dan sebagainya. Pemilik siber cafe ini kadang-kadang tidak menghiraukan peraturan yang melarang kanak-kanak di bawah umur masuk ke premis mereka. Hanya keuntungan sahaja yang dipentingkan.

Makin ramai yang masuk ke pusat siber mereka, makin maju dan bertambahlah untung yang boleh mereka kaut. Bahkan ada kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang ponteng sekolah semata-mata sudah 'gila' dengan pusat siber cafe. Oleh itu pendedahan diri kanak-kanak ini kepada aktiviti yang tidak berfaedah dan membuang masa telah berleluasa. Lebih menyedihkan lagi hilang maruah diri dan perasaan malu sehinggkan sanggup melakukan perkata yang terkutuk dan bertentangan dengan nilai murni masyarakat.

Dirumah pula kemudahan internet, astro, video dan sebagainya sudah menjadi satu keperluan. Kadang-kadang rumah tersebut kelihatan usang dan buruk tetapi lengkap dengan kemudahan -kemudahan tersebut. Oleh itu pendedahan kepada perkara-perkara mungkar seperti filem-filem lucah dan sebagainya telah lama menguasai jiwa kanak-kanak sekarang ini. Mereka yang ditinggalkan tanpa pengawasan keluarga yang ibu da bapanya bekerja di luar mudah terdedah dengan gejala tersebut.

Maka marilah kita sebagai ibu-bapa dan sebahagian masyarakat untuk mengambil kira dan prihatin terhadap anak-anak kita. Awasilah perlakuan dan tindak tanduk mereka pada setiap masa agar tidak terjebak denga kejadian seperti di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails