Halaman

Selasa, Mac 09, 2010

Seluk payudara


KUALA LUMPUR: “Saya dipijak, diheret dan ditendang tanpa belas kasihan lebih 30 minit. Tidak cukup dengan itu mereka juga menyeluk payudara saya,” kata Salmah Salleh, 57, menceritakan detik cemas dia disamun dua lelaki diketuai kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di rumahnya di Bandar Tun Razak di sini, Jumaat lalu.(Harian Metro).


Apakah perbuatan tersesbut berlaku kerana desakan hidup untuk memperolehi wang dengan mudah? Tidak ada cara lain untuk mendapatkan wang oleh kanak-kanak yang berusia 12 tahun itu? Kemanakah ibubapa mereka? Adakah mereka ini terdiri dari golongan yang terbiar oleh keluarga dan masyarakat? Tergamak mereka melakukan kepada seorang perempuan tua seperti itu?


Inilah beberapa persoalan yang timbul apabila melihat kejdian di atas. Suatu yang menarik untuk diperkatakan di sini ialah peranan masyarakat dalam menangani masalah ini. Keadaan hidup yang serba mencabar pada hari ini menyebabkan masyarakat kini seolah-olah tidak menambil peduli hal-hal persekitaran tempat kediaman masing-masing.


Konsep hidup berjiran sudah diabaikan. Masing-masing dengan hidupnya sendiri. Apa yang berlaku pada jiran sebelah sudah tidak peduli lagi. Yang penting adalah kerja mencari wang untuk hidup. Tanpa wang tidak ada apa yang boleh dibuat.


Kehidupan kini perlukan wang untuk membeli makanan,pakaian,keperluan peralatan rumah, kenderaan,tempat kediaman dan sebagainya. Jika ia sudah diperolehi, sudah tentulah hendak dikejar tentang keselesaan pula. Itu juga memerlukan wang. Oleh itu kehidupan kini menjadikan manusia hanya berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang. Wang diibaratkan segala-galanya dalam hidup.


Akibat tidak ambil peduli apa yang berlaku disekeliling maka kesannya berlakulah kejadian sebegini. Tiada lagi tegur-menegur di antara jiran berkaitan dengan perkara mungkar yang berlaku. Malahan lebih menyedihkan lagi jika teguran dibuat kepada anak-anak atau keluarga mereka, ibu-bapa pula yang melenting dan memarahi jiran yang memberi nasihat tersebut. Inilah sikap yang ada di kalangan masyarakat kita pada hari ini menyebabkan kejadian seperti ini semakin berleluasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails