Halaman

Rabu, April 07, 2010

Kasih ibu tua 34 tahun jaga anak OKU


KARAK – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun setiap dugaan yang datang perlu ditempuhi walaupun sukar kerana ia penting untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia serba mencabar ini.

Bagi warga emas, M Ellamah, 70, kekuatan yang ada pada dirinya selepas kematian suami hampir 20 tahun lalu hanya tiga orang anaknya. (Sinar Harian).

Begitulah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Walaupun anaknya adalah seorang OKU tetapi kasih sayang untuk anak tetap terpahat dihati. Kesengsaraan untuk membesarkan anak itu tetap dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab sebagai ibu.

Usia yang meningkat tua ini tidak menghalang dirinya dalam menjaga kehidupan dan kebajikan terhadapa anak. Jika difikirkan diri yang semakin tua sepatutnya menjadi tugas anak pula untuk menyara dan menjaga dirinya tetapi apalah yang boleh diharapkan kepada anak yang OKU itu. Bukan kesenangan hari tua yang akan diperolehi tetapi bebanan untuk memelihara anak pula yang dihadapi. Tambahan pula ketiadaan suami yang telah pergi untuk selama-lamanya. Inilah contoh pengorbana seorang ibu yang seharusnya diteladani.

Namun apa yang berlaku hari ini, kejadian buang bayi semakin hari semakin bertambah. Tiada rasa kasih dan sayang kepada si anak. Keperitan dan kepayahan mengandungkan anak itu selama sembilan bulan hilang begitu saja apabila anak itu dilahirkan. Buktinya si anak atau bayi ditinggalkan di merata-rata tempat seperti yang digambarkan di dalam akhbar. Keperimanusiaan sudah tidak ada dihati akibat banyaknya dosa yang dilakulkan. Moga-moga kesedaran akan timbul pada masyarakat kita hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails