Halaman

Rabu, Oktober 26, 2011

Jumlah jemaah pakej AlMaas tidak ditambah untuk keselesaan

2011/10/26



MEKAH: Tabung Haji Travel and Services Sdn Bhd (THTS) yang menawarkan pakej haji AlMaas yang harganya bermula dari RM114,990, tidak bercadang untuk menambah jumlah jemaah haji pakej itu pada masa akan datang, dalam usaha menjamin keselesaannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Yasmin Mohd Yazid, berkata jumlah jemaah itu dilihat amat sesuai bagi memastikan mereka yang berkemampuan yang memilih pakej itu, benar-benar selesa dengan pilihan pakej mereka.
Beliau berkata, selain keselesaan dari segi ruang penginapan, lain-lain kelebihan pakej ini ialah ia menyediakan pengangkutan bas jemaah yang selesa dan jarak penginapan dengan Masjidil Haram yang dekat, hanya sekitar 30 meter.

Isnin, Oktober 24, 2011

Guan Eng disaman RM30 juta kaitkan UMNO dengan cubaan bakar pejabat DAP




2011/10/24

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, hari ini melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.
Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang juga syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan serta ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.
Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.

MotoGP batal, pelumba Itali Simoncelli terbunuh



PERLUMBAAN MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan selepas kemalangan melibatkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Tragedi ini adalah yang pertama berlaku di SIC juga yang pertama melibatkan kematian pelumba motosikal di litar sama.

PELUMBA MotoGP, Marco Simoncelli terbunuh, setelah terlibat dalam kemalangan pada perlumbaan Grand Prix MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus membawa kepada pembatalan perlumbaan itu, semalam.

Perlumbaan tersebut dibatalkan penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia.

Simoncelli ,24, yang juga pelumba nombor satu Kejohanan Minimoto Itali sejak 1996 hingga 2000 itu, dikatakan gagal mengawal jenteranya lalu terjatuh sebelum dirempuh dua pelumba lain iaitu Colin Edwards dan Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), Dr Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC.

Menurut Macchiagodena, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada jam 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan.

Sementara itu, Edwards turut terlibat dengan insiden berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Manakala Rossi yang menunggang jentera Ducati, berjaya kembali ke pit sejurus selepas pertembungan tragik itu.

Kali terakhir perlumbaan berlaku mengakibatkan kematian adalah pada tujuh tahun lalu, membabitkan penunggang Gresini Honda Daijiro Katoh sewaktu beraksi di Grand Prix Jepun di Litar Suzuka dan meninggal dunia dua minggu selepas itu.

Bagi rekod, ini adalah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku di SIC sejak ia mula digunakan pada Disember 1998, selepas siap dibina November tahun sama.

Rabu, September 14, 2011

11 maut, 212 cedera kereta api rempuh bas 2011/09/14 BUENOS AIRES: Sebelas terbunuh manakala 212 lagi cedera apabila kereta api merempuh sebuah bas

11 maut, 212 cedera kereta api rempuh bas


2011/09/14

BUENOS AIRES: Sebelas terbunuh manakala 212 lagi cedera apabila kereta api merempuh sebuah bas sebelum dilanggar satu lagi kereta api di stesen pinggir bandar barat daya Buenos Aires, semalam.

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dari celah gerabak yang remuk untuk dibawa ke hospital berhampiran.
Polis berkata, setakat ini 11 orang disahkan maut manakala 30 yang lain parah dan kemungkinan angka kematian akan meningkat.
Setiausaha Pengangkutan Argentina, Juan Pablo Schiavi menyifatkan nahas itu adalah yang terburuk dan membabitkan korban paling ramai.

Nahas berlaku jam 7 pagi waktu tempatan apabila ribuan penumpang kereta api bergegas untuk ke tempat kerja di Daerah Flores.

"Sebuah kereta api yang memasuki stesen Flores merempuh sebuah bas di Laluan 92 dengan mengheretnya di sepanjang platform,” kata Gustavo Gago, jurucakap pengendali kereta api Buenos Aires.

“Pada masa yang sama, satu lagi kereta api memasuki stesen dan melanggar bas berkenaan," katanya. - AFP




2011/09/14

BUENOS AIRES: Sebelas terbunuh manakala 212 lagi cedera apabila kereta api merempuh sebuah bas sebelum dilanggar satu lagi kereta api di stesen pinggir bandar barat daya Buenos Aires, semalam.

Anggota bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit dari celah gerabak yang remuk untuk dibawa ke hospital berhampiran.
Polis berkata, setakat ini 11 orang disahkan maut manakala 30 yang lain parah dan kemungkinan angka kematian akan meningkat.
Setiausaha Pengangkutan Argentina, Juan Pablo Schiavi menyifatkan nahas itu adalah yang terburuk dan membabitkan korban paling ramai.

Nahas berlaku jam 7 pagi waktu tempatan apabila ribuan penumpang kereta api bergegas untuk ke tempat kerja di Daerah Flores.

"Sebuah kereta api yang memasuki stesen Flores merempuh sebuah bas di Laluan 92 dengan mengheretnya di sepanjang platform,” kata Gustavo Gago, jurucakap pengendali kereta api Buenos Aires.

“Pada masa yang sama, satu lagi kereta api memasuki stesen dan melanggar bas berkenaan," katanya. - AFP

Khamis, Ogos 11, 2011

Sense of urgency

Rata-rata sekolah di negeriku telah menghadapi demam 'sense of urgency' bila Pengarah Pelajaran nak lihat dapat Top Five atau Top Three dalam semua peperiksaan awam tahun ni. Jadi setiap sekolah membuat program yang luarbiasa bagi memastikan prestasi peperiksaan meningkat. Macam-macamlah program yang dibuat melibatkan guru-guru dan murid-murid. Semuanya adalah ke arah untuk mencapai apa yang pengarah cita-citakan.

Apa yang aku tak faham ialah sekarang ni dasar pelajaran sudah tidak mementingkan peperiksaan tetapi mengapakah negeriku ini masih lagi mengutamakan prestasi peperiksaan. Apakah peperiksaan dapat melahirkan manusia yang boleh membangunkan negara seperti yang diharapkan? Dalam pembinaan potensi murid-murid, PPK telah pun mengubal sukatan dan kaedah pembelajaran agar penekanan kepada peperiksaan tidak menjadi satu keutamaan. Malah kemenjadian murid-murid berlaku apabila mereka dapat menguasai berbagai kemahiran yang ada dan tidak hanya melalui penilaian peperiksaan.

Malahan peperiksaan awam hanya menjadi sebahagian penilaian sahaja apabila pentaksiran berasaskan sekolah akan dilaksanakan sepenuhnya kelak. Inilah yang telah diwar-warkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekarang ini bagi PMR sebahagian besar penilaian dibuat melalui kerja kursus kepada murid-murid. Begitu juga dengan SPM, beberapa mata pelajaran mempunyai kerja kursus sebagai sebahagian daripada penilaianmya.

Oleh itu menjadi satu yang pelik, bila pengarah mengarahkan JPN, PPD dan Sekolah melaksanakan program untuk mencapai matlamatnya. Oleh itu antara program-program yang dibuat termasuklah kelas tambahan selepas waktu persekolahan, tution pada setiap hari Sabtu setiap minggu, pecutan akhir dan banyak lagi. Akhirnya guru-guru sudah tidak mempunyai masa untuk menguruskan keluarga sendiri. Sebahagian besar masa dihabiskan di sekolah.

Kebajikan guru terabai sehinggalah ada guru perempuan yang dimarahi oleh suami dan guru lelaki dimarahi oleh isteri kerana balik lewat petang disebabkan oleh kelas tambahan. Malahan berlaku kejadian seorang guru hampir kehilangan anak kerana terlupa mengambilnya pada masa yang dijanjikan sebab mempunyai kelas tambahan waktu itu. Mujurlah anak yang berumur 8 tahun itu, yang tinggal keseorangan di sekolah telah berjalan kaki pulang sendiri ke rumah yang jauhnya hampir 5 kilometer.

Inilah kesan yang berlaku apabila sesuatu yang tidak wajar dilakukan diarahkan untuk melakukannya. Bagi guru-guru yang tidak mahu mengikut arahan pula diugut untuk ditukarkan kemana sahaja. Apakah kuasa yang ada sebagai Pengarah boleh berbuat sesuka hati. Tidakkah dia tahu bahawa ada yang lebih berkuasa lebih daripadanya.

Aku teringat bekas seorang pengarah yang lalu, kini telah insaf akan dirinya apabila tidak lagi berkuasa. Semasa menjadi pengarah dahulu, ramai kawan-kawan ku yang dikatakan pro pembangkang ditukarkan 24 jam dan sebagainya sehinggakan mereka menghadapi kesusahan yang tidak disangka. Namun doa bagi mereka yang dizalimi dimakbulkan Allah serta-merta. Akhirnya dengan linangan air mata, dalam ucapannya ketika menyertai sebuah parti pembangkang, beliau memohon ampun dan maaf di atas tindakan yang dilakukan semasa menjadi pengarah dahulu kepada orang -orang yang telah dianiaya.

Rabu, Julai 13, 2011

Guru sandaran hamil menang saman kerajaan

July 12, 2011

SHAH ALAM, 12 Julai — Seorang wanita yang kehilangan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) kerana hamil dua tahun lepas hari ini berjaya dalam tuntutannya apabila Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa beliau layak dan berhak dilantik untuk jawatan tersebut.

Hakim Datuk Zaleha Yusof yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan bahawa tindakan defendan-defendan pada 12 Januari 2009 untuk membatalkan pelantikan plaintif, Noorfadilla Ahmad Saikin, 29, sebagai GSTT adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan terbatal.

Noorfadilla dari Kajang yang memfailkan saman pemula pada 7 Mei 2010 menamakan pegawai khas Kumpulan Guru Simpanan Kerajaan Chayed Basirun, pegawai pelajaran Daerah Hulu Langat Ismail Musa, dan Pengarah Pelajaran Selangor Dr Zahri Aziz (bekas) sebagai defendan.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Ketua Pengarah Pelajaran, Menteri Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.

Laporan Bernama Online menyebut, hakim turut memerintahkan bahawa kesemua defendan perlu membayar kepada plaintif kos, ganti rugi am dan faedah pada kadar lapan peratus setahun sehingga tarikh penyelesaian penuh serta taksiran ganti rugi am dibuat oleh kesemua defendan kepada plaintif.

Peguam Edmund Bon yang mewakili Noorfadilla ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata Hakim berpuas hati bahawa anak guamnya berhak untuk merujuk kepada perkara Konvensyen Untuk Menghapuskan Diskriminasi Dalam Semua Bentuk Terhadap Wanita 1979/81.

Konvensyen itu mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia dalam mentafsirkan Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu tidak boleh berlaku diskriminasi berdasarkan jantina di khalayak umum.

Bon berkata hakim juga memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen itu dan justeru mahkamah berhak untuk merujuk kepada konvensyen tersebut dalam membuat keputusan.

Dalam afidavit sokongannya, Noorfadilla berkata beliau menghadiri temu duga pada 2 Januari 2009 di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat dan diminta mengisi borang deklarasi yang hanya mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan maklumat peribadi serta latar belakang pendidikannya dan tidak terdapat sebarang soalan mengenai status keadaan atau kesihatan.

Menurut Noorfadilla beberapa hari selepas itu beliau menerima tawaran untuk jawatan GSTT melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dari pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat.

Plaintif berkata pada sesi taklimat, seorang pegawai pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat menyuruh semua calon wanita yang hamil untuk membuat pengakuan dengan segera dan selepas beliau dan dua lagi wanita mengakui bahawa mereka sedang mengandung, pegawai tersebut mengambil semula memo penempatan daripada mereka tanpa sebarang soalan lain.

Noorfadilla berkata pegawai terbabit memberitahu mereka bahawa wanita hamil tidak boleh dilantik sebagai GSTT kerana tugas GSTT akan melibatkan aktiviti kokurikulum yang tidak sesuai untuk wanita hamil, serta alasan-alasan lain.

Tiada alasan diberikan bahawa Kementerian Pelajaran melarang wanita hamil untuk dilantik sebagai GSTT.

Sehubungan itu, beliau berkata tindakan pejabat pelajaran Daerah Hulu Langat membatalkan pelantikan beliau sebagai GSTT adalah satu perbuatan diskriminasi terhadap seorang wanita hamil dan bercanggah dengan Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Pekerjaan 1955.

Selain Bon, plaintif turut diwakili peguam Honey Tan dan Chan Yen Hui manakala kesemua defendan diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha dan Siti Kassim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam.

Beri peluang semua parti muncul di RTM: Zainuddin



SHAH ALAM – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mencadangkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi peluang kepada setiap ketua parti tempoh masa antara 15 ke 30 minit untuk menerangkan manifesto masing-masing pada pilihan raya umum yang akan datang.

Menurutnya, ia adalah langkah yang terbaik supaya rakyat boleh melihat dan menilai sendiri manifesto yang akan dibawa oleh setiap parti pada pilihan raya umum tersebut.

“RTM patut beri mereka peluang pada pilihan raya umum nanti, biar ketua setiap parti jelaskan kepada rakyat manifesto masing-masing untuk tempoh masa tertentu.

“Dengan cara ini semua mendapat peluang dan saya yakin mereka akan gunakan ia dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam tuntutan mereka menyebut semua media rasmi seperti RTM dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu memberi liputan yang seimbang kepada semua parti politik. -SH.

Ditanya mengenai tempoh masa berkempen 21 hari dalam tuntutan Bersih 2.0, Zainuddin menjelaskan Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini pernah meletakkan tempoh berkempen selama sebulan seperti tahun 1969 lalu.

Katanya, tempoh berkempen yang terlalu lama ini boleh menyebabkan parti politik dan calon-calon boleh menaikkan pelbagai sentimen jika tidak berhati-hati sehingga menyebabkan perkara yang tidak diingini.

“Atas sebab perkara yang berlaku pada tahun 1969 telah menyebabkan SPR meletakkan tempoh kempen yang lebih singkat, kerana setiap parti biasanya ada organ sendiri yang sentiasa berkempen sepanjang tahun.

“Sekarang kita tidak memerlukan tempoh kempen yang lama, kerana perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur hanya sekejap dengan penerbangan dan jalan yang selesa. Dulu biasanya perjalanan lebih lapan jam,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails