2011/10/26
MEKAH: Tabung Haji Travel and Services Sdn Bhd (THTS) yang menawarkan pakej haji AlMaas yang harganya bermula dari RM114,990, tidak bercadang untuk menambah jumlah jemaah haji pakej itu pada masa akan datang, dalam usaha menjamin keselesaannya.
"Tahun ini 32 jemaah memilih pakej ini, jumlahnya sesuai untuk sebuah bas yang disewa khas bagi pengangkutan jemaah haji ini," katanya kepada kumpulan media Tabung Haji di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya siapa yang pernah menunaikan haji dengan pakej AlMaas kerana menurutnya soal itu tidak pernah didedahkan oleh pihaknya.
Tahun ini, Tabung Haji memberi permit kepada 27 syarikat pengelola (termasuk anak syarikatnya TH Travel) untuk menawarkan pakejhaji bagi jemaah yang berkemampuan, untuk menjalani ibadah haji dalam suasana yang agak lebih selesa daripada yang disediakan muasassah Tabung Haji, yang menetapkan bayaran RM9,980.
Pakej paling rendah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini bermula dari RM17,000, dan difahamkan nisbah petugas dengan jemaah haji bagi muasassah adalah sekitar 1:200 berbanding pakej yang menawarkan nisbah sekitar 1:80, manakala pakej AlMaas menyediakan petugas pada nisbah 1:10.
Yasmin berkata, TH Travel menawarkan tujuh pakej yang bermula dari pakej Intan (RM20,490), Baiduri (RM22,950), Fairuz (RM22,990), Firdaus (RM24,390), Nilam (RM28,490), Zamrud (RM64,990), dan AlMaas (RM114,990).
Jarak antara penginapan jemaah haji muasassah dengan Masjidil Haram di sini adalah antara 30 dan 750 meter, manakala pakej Intan menawarkan jarak penginapan sekitar 540 meter.
Sementara itu Yasmin berkata, jemaah yang berhasrat mendapatkan pakej yang disediakan oleh syarikat swasta itu perlu melalui proses yang sama terlebih dulu, iaitu ia perlu mendapat kebenaran untuk menunakan haji daripada Tabung Haji. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan