2011/11/25
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,892
orang pagi ini, berbanding 1,420 malam tadi ekoran hujan berterusan yang
mengakibatkan kawasan rendah terus dinaiki air.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata Pasir Mas kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 16 pusat pemindahan dibuka di daerah itu setakat ini.
Di Tumpat pula, tiga laluan yang ditutup ialah di Km 3 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti, Km 2 Jalan Keselamatan (Kesban)-Pengkalan Kubor - Kampung Jambu dan Km 3 Jalan Pohon Tanjung-Pasir Pekan.
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,236 pagi ini berbanding 2,404 orang petang semalam.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu berkata enam daerah yang masih dilanda banjir ialah Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Terengganu, Marang, dan Setiu.
Di PAHANG, 11 orang dari dua keluarga di Kampung Chendor Baru dekat Cherating yang dipindahkan akibat banjir sejak semalam, masih ditempatkan di pusat pemindahan.
Mereka yang terdiri daripada enam lelaki, empat wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditempatkan di Balai Raya Kampung Chendor.
Menurut jurucakap bilik gerakan polis rumah mereka masih ditenggelami air pada paras 0.5 meter. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan