Halaman

Rabu, Februari 08, 2012

SPRM soal siasat Shahrizat, mungkin berkaitan NFC


February 08, 2012
PUTRAJAYA, 8 Feb - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipercayai disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini di ibu pejabat badan pencegah rasuah berkenaan di sini.
Setiausaha akhbar Ketua Wanita Umno itu berkata kepada The Malaysian Insider, Shahrizat telah berada di pejabat SPRM sejak pukul 4 petang tadi, namun tidak pasti sama ada beliau disoal siasat berhubung isu skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) bernilai RM250 juta yang diberikan kepada syarikat miik keluarganya.
"Memang benar beliau berada di sana sejak 4 petang tadi tapi saya tidak pasti sama ada beliau memberikan keterangan berhubung skandal tersebut," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu baru memulakan tugas rasminya sebagai menteri selepas mengambil cuti sejak tiga minggu lepas bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan sisatan terhadap dakwaan penyalahgunaan kuasa terhadap diri dan keluarganya.
Projek bernilai RM250 juta bagi penternakan lembu itu dikatakan mempunyai "kecelaruan" dalam akhbar berbahasa Inggeris The Star selepas dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kerana gagal menepati sasaran.

Istilah itu kemudiannya diguna pakai oleh kebanyakan media bagi menjelaskan berkenaan NFCorp selepas PKR melancarkan pendedahan bersiri yang menunjukkan dana berkenaan telah disalahgunakan.
Aset syarikat berkenaan kemudiannya dibekukan selepas siasatan dijalankan oleh pihak polis dan SPRM ekoran pendedahan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails