2012/01/19
KOTA BHARU: Bekas Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mat Hassan, 76, yang
diserang angin ahmar sejak empat tahun lalu, meninggal dunia di rumahnya
di Kampung Atas Banggol, di sini hari ini.
Allahyarham yang berkhidmat sebagai mufti kerajaan negeri sejak 1990 hingga 2007, meninggalkan seorang isteri, Datin Wan Fatimah Wan Ahmad, dan tujuh anak iaitu empat lelaki dan tiga perempuan.
Mohamad Shukri berkata, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V turut menziarah jenazah Allahyarham dan menunaikan solat jenazah. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan