2012/01/19
KOTA BHARU: Kedudukan PAS dalam kerajaan pakatan di Selangor tidak terjejas berikutan pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali, baru-baru ini.Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS masih mempunyai tiga ahli Exco dalam kerajaan negeri Selangor dan mereka mampu menguatkan kedudukan parti.
Sebelum digugurkan Hasan memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
Semalam Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, dilantik menggantikan Hasan dengan portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri. - BERNAMA