
Mangsa, Lau Chong Hock dan Ng Lian Eng, 69, ditemui mati di kedai mereka dalam keadaan berlumuran darah di premis Kedai Emas Chuan Hing Long.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arsyad berkata, motif pembunuhan dipercayai kerana dendam berdasarkan tikaman bertubi-tubi pada belakang badan mangsa.
“Ketika siasatan polis menemui suami di tingkat dua terlentang dan berlumuran darah, manakala isteri dijumpai di tingkat tiga dalam keadaan sama.
“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.30 pagi hingga jam 1 petang berdasarkan mayat mangsa,” katanya pada sidang media di Balai Polis Simpang Renggam, semalam.
Mohd Fawzi berkata, tiada kesan pecah dan paksaan untuk penjenayah masuk ke premis berkenaan. Penjenayah dipercayai mengenali mangsa.
Menurutnya, polis terima panggilan mengenai kejadian itu daripada jiran mangsa kira-kira jam 2.45 petang, selepas disedari jiran sebaik dihubungi anak mangsa di Terengganu supaya melihatkan keadaan ibu bapa mereka,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan