Halaman

Jumaat, Julai 30, 2010

Jho Low Ingin Bawa Bintang Hollywood Buat Pengambaran Di Malaysia

Jumaat Julai 30, 2010 MYT 12:50:00 PM

KUALA LUMPUR: Jutawan muda Malaysia, Jho Low yang mempunyai rangkaian sahabat terdiri daripada selebriti Hollywood akan memastikan rakan-rakan bintangnya itu datang melabur dan membuat penggambaran di Malaysia.

Dalam satu wawancara eksklusif dengan akhbar The Star, Jho Low berkata, beliaumahu membawa sahabat baiknya, Jamie Foxx dan Leonardo diCaprio melakukanpenggambaran di negara ini.

Selain kedua-dua bintang filem itu, Jho Low juga diketahui bersahabat baik dengankeluarga Paris Hilton.

"Sebenarnya saya telah pun melontarkan idea ini kepada mereka dan mereka menaruhminat yang mendalam dan sekiranya ini menjadi realiti ia akan meninggalkan impakyang besar kepada industri pelancongan Malaysia," kata Jho Low anak kelahiranPulau Pinang yang berjaya membuat satu juta dollarnya yang pertama ketika berusia20 tahun.

Malah syarikat milik Jho Low sendiri telah merancang untuk membuat beberapapelaburan yang meliputi dari dunia fesyen kepada industri hiburan terutamanyaperfileman.

Jho Low juga menceritakan yang dia dan Usher penyanyi rap antarabangsa yang barusahaja selesai mengadakan konsert di sini bercadang untuk melancarkan satu programkebajikan untuk membantu kanak-kanak di Malaysia mengembangkan bakat merekadalam dunia perniagaan yang berkaitan dengan industri hiburan.

Dan ketika ditanya bagaimanakah perkenalan antara dia dan Usher bermula, Jho Lowmenjawab yang dia sebenarnya telah lama mengenali Usher.

"Saya bertemu dengan Usher di New York dan saya mempunyai satu projekkebajikan dengan Usher khusus untuk membantu generasi muda yang berminat dalamdunia perniagaan yang melibatkan industri hiburan.

"Kami membimbing dan mengajar mereka bagaimana hendak menulis pelanperniagaan iaitu sesuatu yang saya belajar ketika di Wharton Business Schooldahulu," kata Jho Low.

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Maria Tunku Sabri


KUALA LUMPUR: Personaliti TV3, Maria Tunku Sabri sekali lagi gagal dalam tuntutan saman sivilnya terhadap seorang ahli perniagaan, Datuk Wan Johani Wan Hussin yang didakwa mengingkari penyelesaian perjanjian pembayaran pampasan RM5.5 juta kerana dikatakan gagal menunaikan janji untuk mengahwininya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof pada Jumaat, menolak saman tersebut dan memerintahkan supaya bekas pengacara rancangan ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ itu menjelaskan kos sebanyak RM10,000.

Keputusan itu dbuat dalam kamar dan peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Maria dan peguam bagi Wan Johani, Akbardin Abdul Kadir dan Jagjit Singh memasuki kamar hakim pada pukul 4.15 petang dan keluar kira-kira 15 minit kemudian.

Akbardin kemudiannya memberitahu media bahawa Zabariah membuat keputusan itu kerana berpendapat perjanjian itu tidak sah dan bersifat pramatang selain Wan Johani, 57, selaku defendan tidak pernah mengingkari perjanjian.

Selain itu, Zabariah juga memutuskan bahawa Maria, 40, tidak berada dalam kapasiti yang membolehkan dia melibatkan diri dalam perjanjian tersebut kerana statusnya sebagai seorang wanita Islam yang telah berkahwin.

“Seksyen 14(1) Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 jelas menyatakan bahawa seorang perempuan Islam tidak boleh berkahwin selagi perkahwinan itu wujud.

“Pembelaan Maria bahawa dia akan berpisah dengan suaminya juga bersikap pramatang kerana mereka masih berkahwin dan tiada kepastian bahawa suaminya akan menceraikan dia memandangkan hak cerai adalah pada suami,” kata Akbardin.

Jagjit pula memberitahu, isu kepastian merupakan isu yang penting dalam perjanjian dan mahkamah berpendapat ia adalah mustahil memandangkan Maria, 40, masih berkahwin. Maria berkahwin dengan Ahmad Nazri Abd Malek.

“Hak cerai juga tidak berada pada Maria. Perceraian secara fasakh adalah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Malah, talak yang terletak pada suami juga perlu dibawa ke pengetahuan Mahkamah Syariah,” tambahnya.

Keputusan itu dibuat tanpa kehadiran Maria mahupun Wan Johani.

Sementara itu, semasa disoal sama ada Maria akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, Sangeet berkata pihaknya akan mendapatkan arahan lanjut anak guam berhubung perkara tersebut.

Maria memfailkan tindakan undang-undang terhadap Wan Johani pada 2004 untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menguatkuasakan penyelesaian perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua mereka.

Pada 5 Ogos 2008, Maria gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman asal dan memerintahkannya tidak boleh menguatkuasakan perjanjian itu kerana ia tidak sah.

Bagaimanapun, Maria diberi satu lagi peluang untuk percubaannya mengemukakan semula saman di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac 2009 memberi kebenaran kepadanya untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang enggan mengemukakan semula saman sivil tersebut.

Kerajaan Akan Tubuh KPF 2 Dengan Dana Awal RM10 Juta

30 Julai, 2010 13:57 PM


KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menubuhkan Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF 2) dengan dana awal berjumlah RM10 juta untuk membantu generasi muda Felda merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa ini, generasi baru Felda tidak dibenarkan menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) sedangkan kumpulan ini semakin bertambah bilangannya serta berminat untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi.

"Kerajaan sedar akan hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda. Malah, ramai di antara mereka ini berminat untuk bergiat aktif menerusi koperasi," kata Najib dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kegiatan KPF 2 akan ditumpukan kepada pembangunan fizikal di tanah rancangan selain memegang ekuiti tertentu dalam syarikat Felda.

Bagaimanapun, koperasi ini tidak akan menjadi pesaing kepada KPF tetapi ia menjadi pelengkap serta menambah rantaian ekonomi sedia ada, kata beliau.

"Oleh yang demikian, saya bagi pihak kerajaan ingin mempelawa semua generasi baru Felda untuk terlibat dalam koperasi ini di samping merebut peluang dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat Felda.

"Kerajaan berharap usaha ini akan disambut baik oleh generasi muda Felda demi memastikan untung nasib keluarga peneroka di seluruh negara terus terbela," kata Najib.

Pada masa ini warga peneroka membuat pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang menguasai 51 peratus pemilikan dalam FELDA Holdings.

Sehingga kini, KPF yang telah ditubuhkan sejak 30 tahun lalu, berjaya memenuhi hasrat ahli-ahli yang terdiri daripada warga FELDA dan mendapat pulangan yang memuaskan setiap tahun, kata beliau.

Dividen yang dibayar oleh KPF setiap tahun secara puratanya 14 peratus dan merupakan satu daripada yang tertinggi di negara ini. Ahli KPF adalah seramai 189,415 orang dan memiliki modal syer berjumlah RM1.2 billion.

Bagi mengekalkan pulangan dividen sekurang-kurangnya 10 peratus setahun, KPF menetapkan dasar, modal syer ini dihadkan tidak melebihi RM1.5 bilion.

-- BERNAMA

Penyerang bakar stesen TV, radio Sri Lanka


2010/07/30

COLOMBO: Berbelas lelaki bersenjata menyerang dan membakar pejabat stesen televisyen dan swasta di ibu negara Sri Lanka, Colombo, pagi ini.

Jurucakap Voice of Asia Network, Jimmy Deen, berkata kira-kira 12 lelaki bersenjata raifal dan pistol memasuki pejabat terbabit pada jam 1.30 pagi dan menyerang seorang pengawal keselamatan sebelum melepar bom api

Deen berkata, serangan itu menyebabkan kerosakan teruk bilik kawalan berita, studio dan perpustakaan manakala seorang pengawal kleselamatn dan seorang lagi pekerja cedera.
Katanya, saluran televisyen stesen itu terpaksa diberhentikan manakala tiga saluran radio beroperasi seperti biasa.

Polis Sri Lanka mengesahkan serangan itu dan masih menyiasat butirannya. - AP

Pengecat rumah dituduh cuba rasuah pegawai polis RM54,950

2010/07/30

KUALA LUMPUR: Seorang pengecat rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menawarkan rasuah wang bernilai RM54,950 kepada seorang pegawai polis, dua minggu lalu.

Yap Ten Ooi, 46, didakwa secara rasuah menawarkan wang sebanyak RM54,950 kepada Ketua Inspektor, M Suresh, 41, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, sebagai dorongan kepadanya untuk melepaskan tertuduh daripada ditangkap atas kesalahan memiliki dadah

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta tingkat 4, Vista Mutiara Off, Jalan Kepong di sini pada 8.15 malam, 15 Julai lalu.
Yap didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM, Azizun Mohamad, menawarkan jaminan terhadap tertuduh sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Adi Harman Mawardi memohon agar jaminan itu dikurangkan kerana tertuduh hanya mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM1,500.

Hakim Rozilah Salleh kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

MCA gembira 92 peratus pelajar Cina cemerlang berjaya ke IPTA

2010/07/30

MCA GEMBIRA 92 PERATUS PELAJAR CINA CEMERLANG BERJAYA KE IPTA

KOTA BHARU: Perjuangan MCA bagi memastikan lebih ramai pelajar Cina dapat memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tercapai apabila 92 peratus pelajar Cina yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berjaya melanjutkan pelajaran mereka.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata ini membuktikan bahawa perjuangan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) untuk pendidikan pelajar Cina telah berjaya berdasarkan kepada kesepakatan yang akrab dalam semua parti komponen.
"Jumlah ini lebih tinggi berbanding pada tahun lalu di mana hanya 80 peratus pelajar daripada kaum Cina telah mendapat tempat di IPTA. Kita telah membuktikan apa yang kita buat dalam diam kita telah memperjuangkan hak pelajar kita berbanding pembangkang yang hanya bising tapi tidak buat apa-apa," katanya kepada pemberita pada perasmian Mesyuarat Agung MCA Kelantan di sini hari ini.

Mesyuarat itu dirasmikan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dan turut dihadiri Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha, dan Ketua Pemuda, MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata, sebahagian pelajar itu juga telah berjaya mendapat kursus yang popular dan penempatan pelajar itu di IPTA telah berjaya menyelesaikan masalah golongan itu yang dibangkitkan setiap tahun.

Katanya, perjuangan MCA selama 53 tahun untuk membangunkan negara jelas dapat dilihat hasilnya membabitkan masalah ekonomi, membanteras kemiskinan, biasiswa kerajaan serta masalah etnik Cina di universiti.
"MCA telah memberikan yang terbaik dalam memperjuangkan hak etnik Cina," katanya. - BERNAMA

Ketua rangkaian dadah Mexico maut dalam serbuan


2010/07/30


BANDARAYA MEXICO: Beberapa pertubuhan media di Mexico hari ini melaporkan pemimpin utama rangkaian dadah negara itu terbunuh atau ditahan.

Laporan itu menyebut Ignacio “Nacho” Coronel, suspek pengedar dadah terbesar negara itu terbunuh dalam serbuah anggota tentera di barat Bandar Guadalajara. Coronel dianggap rakan rapat kepada raja dadah Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman yang paling dikehendaki pihak berkuasa negara itu.

Jabatan Pertahanan, Pejabat Peguan Negara dan jabatan Keselamatan Awam bagaimanapun enggan mengesahkan laporan media berkenaan.


Bagaimanapun, Jabatan Pertahanan mengumumkan akan mengadakan sidang akhbar lewat hari ini dipercayai mengenai operasi serbuan yang diadakan itu. - AP

Letupan bom di Bangkok, satu cedera

2010/07/30

BANGKOK: Seorang cedera parah selepas satu bom tangan meletup di tengah Bangkok awal pagi tadi, yang disifatkan bakal mencetuskan keganasan terbaru di negara itu.

Bom yang diletakkan dalam beg sampah plastik itu meletup di sebuah jalan di Rangnam berdekatan pusat beli-belah bebas cukai

Mangsa yang cedera adalah lelaki warga Thai berusia lingkungan 30-an yang dikatakan sedang mencari bahan terbuang dalam sampah sarap.
“Ia adalah bom tangan. Pin peletupnya sudah ditanggalkan dan ia dililit dengan gelungan getah," kata Ketua Polis, Vichai Sangparpai.

Mangsa terbabit yang cedera hampir semua anggota kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di hospital.

Letupan terbaru itu berlaku kurang seminggu selepas bom kecil meletup di sebuah perhentian bas di Bangkok dengan seorang maut dan 10 lagi cedera.

Dalam siri demonstrasi antikerajaan membabitkan kumpulan "Baju Merah" sebelum ini, lebih 90 orang terbunuh manakala 1,900 cedera apabila penunjuk perasaan bertempur dengan askar selepas lebih dua bulan berkumpul di tengah Bangkok. - AFP

Gengsterisme di sekolah perlu dilihat secara holistik: TPM


2010/07/30

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata isu gengsterisme membabitkan pelajar sekolah perlu dilihat secara holistik bagi mengenal pasti sama ada masalah itu berlaku berpunca dari sekolah atau kerana adanya elemen luar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata ini kerana pada masa kini, terdapat kecenderungan untuk mengaitkan perbuatan remaja di luar kawasan sekolah dengan status mereka sebagai pelajar sekolah.

"Memang semua anak muda pada peringkat umur tertentu adalah pelajar sekolah, tetapi kita perlu lihat apa yang mendorong perlakuan mereka itu (gengsterisme), mungkin ada kaitan dengan persekitaran mereka di luar sekolah," katanya ketika diminta mengulas gejala gengsterisme yang membabitkan pelajar sekolah sehingga ada yang dicederakan.
Terbaru tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Permai, Ampang dekat sini dibelasah teruk kerana enggan menjadi anggota kumpulan kongsi gelap yang aktif merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjadi anggota kumpulan mereka.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas majlis meraikan kejayaan Kontinjen Malaysia ke Sukan Sekolah-Sekolah Asean kedua 2010 di Sekolah Sukan Bukit Jalil di sini, mengakui bimbang dengan trend yang berlaku itu.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata sekiranya terbukti pelajar-pelajar sekolah melakukan jenayah, hukuman berat harus diambil terhadap mereka.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua pihak termasuk ibu bapa dan sekolah memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah adalah kondusif dan selamat bagi mengelakkan berlakunya insiden pelajar sekolah dicederakan atau masalah-masalah lain yang boleh berlaku.
Polis pula disaran meningkatkan rondaan di kawasan sekolah bagi mengelak golongan yang "mencurigakan" memberi kesan kepada pelajar, katanya. - BERNAMA

Polis tahan 6 lelaki dipercayai terbabit proses, edar dadah


2010/07/30

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah di sekitar Seberang Perai Tengah (SPT) dalam satu serbuan di sebuah rumah di Sungai Semambu semalam.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Azman Abd Lah, berkata semua mereka yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira 8 pagi di rumah seorang daripada suspek

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis menemui 33 paket kecil dadah jenis heroin, satu paket kecil ice, selain 120 pil khayal yang semuanya dianggarkan bernilai RM7,000.
"Selain dadah, turut ditemui adalah peralatan untuk memproses dadah seperti pita dan alat penimbang untuk membungkus dadah di dalam rumah itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, antara yang dirampas dalam serbuan itu ialah tiga komputer riba serta pengecas, satu kamera video, serta pemutar skru, dan polis turut menemui sebatang pokok ganja di belakang rumah salah seorang suspek.

"Siasatan juga mendapati kumpulan itu terbabit dalam kes curi motosikal dan ragut di sekitar daerah ini. Kami turut rampas satu pistol mainan dan dua motosikal yang nombor enjin dan chasisnya didapati dikaburkan," katanya.

Azman berkata, semua mereka kini direman bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Reman pemandu van sekolah rogol murid dilanjutkan

2010/07/30

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata polis dalam tempoh itu akan menyiasat pembabitan lelaki berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu

"Polis juga sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ke atas ketiga-tiga mangsa, termasuk murid berumur 10 tahun itu.
"Polis percaya ada lagi mangsa lain terlibat dalam kegiatan tidak bermoral pemandu van terbabit," katanya sambil menambah modus operandi lelaki terbabit adalah merogol mangsa di dalam vannya.

Isnin lalu, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai ketika melakukan jenayah itu dalam basnya yang itu diletakkan di tepi jalan kira-kira 12.45 tengah hari.

Seorang guru tadika yang terdengar jeritan mangsa dari dalam bas itu telah menariknya sebelum sekumpulan orang awam menangkap suspek untuk dibawa ke balai polis berdekatan. - BERNAMA

Bakar gereja: Adik beradik diperintah bela diri, rakan dibebaskan

2010/07/30

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan seorang daripada tiga penghantar surat yang dituduh membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati pada Januari lalu dan mengarahkan dua yang lain iaitu tertuduh adik beradik, membela diri atas tuduhan.

Dalam perbicaraan ini, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24; adiknya Raja Mohamad Idzham, 22; dan Azuwan Shah Ahmad, 23; didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja itu di Jalan 4/4C, Desa Melawati jam 11.50 malam, 7 Januari lalu

Ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penghantar surat didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan

Pemuda UMNO minta kerajaan kaji semula sistem 'saman ekor'


2010/07/30

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai 'saman ekor' berikutan ramai pemilik kenderaan tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan terhadap mereka.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pemilik kenderaan yang menganggap mereka tidak bersalah atas saman itu atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayarnya untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan dan mengelakkan diri daripada didakwa

“Pemuda UMNO menganggap perkara ini adalah tidak adil bagi pemilik kenderaan dan berharap kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem ‘saman ekor’.
“Kami juga menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman itu dikompaun. Keputusan ini juga amat membebankan rakyat yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Reman pemandu van rogol murid dilanjutkan



KUALA LUMPUR - Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk melanjutkan enam hari lagi tempoh tahanan reman ke atas pemandu van sekolah yang didakwa merogol seorang murid perempuan berumur 10 tahun berdekatan sebuah tadika di Jalan Othman, Petaling Jaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis dalam tempoh itu, akan menyiasat penglibatan lelaki berusia 51 tahun itu dalam dua lagi kes rogol berasingan di daerah itu.

"Polis juga sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan ke atas ketiga-tiga mangsa, termasuk murid berumur 10 tahun itu," katanya.

Isnin lalu, lelaki yang mempunyai anak berusia antara sembilan hingga 20 tahun itu ditangkap orang ramai yang ternampak bas itu diparkir di tepi jalan dalam keadaan mencurigakan, kira-kira pukul 12.45 tengah hari.

Arjunaidi berkata, seorang guru tadika yang terdengar jeritan mangsa dari dalam bas itu telah menariknya sebelum sekumpulan orang awam menangkap suspek untuk dibawa ke balai polis berdekatan.

"Polis percaya ada lagi mangsa lain terlibat dalam kegiatan tidak bermoral pemandu van terbabit," katanya sambil menambah modus operandi lelaki terbabit adalah merogol mangsa di dalam vannya

Ahad, Julai 25, 2010

Lima maut tiga nahas berasingan
Oleh Suzianah Jiffar, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Poliana Ronnie Sidom dan Khairul Hamizy Ramlee
bminggu@bharian.com.my
2010/07/25

KEMALANGAN yang mengorbankan Abd Basir, manakala dua lagi parah di Kilometer 12 Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus, petang semalam.
KEMALANGAN yang mengorbankan Abd Basir, manakala dua lagi parah di Kilometer 12 Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus, petang semalam.
Enam lagi parah, kenderaan terbabas punca kemalangan mangsa parah

KUALA LUMPUR: Lima termasuk dua beradik maut, manakala enam lagi parah dalam tiga kemalangan berasingan di Kota Kinabalu, Kuala Terengganu dan Seremban dalam tempoh petang kelmarin hingga pagi semalam.

Nahas di Kota Kinabalu mengorbankan Wahid Abdullah, 37, dan sepupunya, Junjung Mohamad, 22, manakala empat ahli keluarga mereka parah selepas kereta dipandu Wahid terbabas lalu terperosok di bawah lori tangki di Kilometer (Km) 66, Jalan Beluran-Telupid, 250 km dari sini, jam 8 pagi semalam.
Keluarga malang berkenaan dalam perjalanan dari Kota Kinabalu untuk pulang ke kampung di Lahad Datu sempena cuti hujung minggu.

Empat yang parah ialah isteri Wahid, Asibah Mashud, 37; anak mereka, Adzmir Wahid, 3, serta dua saudara mereka, Ahmad Kung, 36, dan Amir Paris, 16. Semua mangsa dari Kampung Pisang, Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintenden V Shivanathan, berkata Proton Saga dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh tayar belakang lori tangki minyak kelapa sawit yang datang dari arah bertentangan sebelum terperosok ke bawah lori terbabit.

Di KUALA TERENGGANU, Mohd Masri Mat Ludin, 14, dan adiknya, Mohd Arif, 12, maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta yang terbabas ketika cuba mengelak lembu di Kampung Padang Machang, kira-kira jam 8 malam kelmarin.
Seorang lagi adik mereka, Mohd Firdaus, 4, parah dan kini koma di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Tiga beradik dari Padang Tengir itu menaiki motosikal ditunggang Mohd Masri menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Beladau Kolam untuk menghantar Mohd Arif ke kem kelas malam.

Di SEREMBAN, seorang pegawai Jabatan Perhutanan, Abd Basir Hassan, 41, maut apabila kereta dipandu rakannya bertembung sebuah Perodua Kembara dari arah bertentangan yang terbabas ke laluannya di KM 12 Jalan Seremban-Kuala Pilah, Bukit Putus, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati Perodua Kembara dipandu seorang lelaki menghala ke Kuala Pilah terbabas ke laluan mangsa.

Abd Basir mati di tempat kejadian manakala rakannya serta pemandu Perodua Kembara parah dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Kes remaja hamil kronik

Oleh Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my
2010/07/25
Pergaulan bebas punca utama

KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas.

Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008.
Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka.
Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.
“JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.

Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati pemasang dawai



2010/05/06
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang pemasang dawai kerana kesalahan mengedar 1.34 kilogram (kg) kanabis dekat sempadan Malaysia-Thailand 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Seri Raus Md Sharif, menolak rayuan terakhir yang dikemukakan oleh Roslan Sabu @ Omar.

Roslan, 38, dari Felda Mata Ayer, Kangar, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kangar pada 10 Oktober, 2003, yang mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah itu dekat pagar keselamatan di Padang Besar di sempadan Thailand pada 5.40 petang, 4 Februari, 1998.
Beliau pada awalnya dituduh mengedar dadah itu tetapi pada 4 Ogos 1999, Mahkamah Tinggi Kangar mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan mengikut pertuduhan pindaan iaitu memiliki dadah itu.

Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan memerintahkan kes Roslan dibicarakan semula.

Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah. Rayuannya turut ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 13 Mac, 2006. - Bernama

Dua beradik maut, abang parah dalam kemalangan babitkan motosikal di Manir

KUALA TERENGGANU - Dua beradik maut manakala abang mereka cedera parah dan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini, malam tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira 8 malam itu meragut nyawa Mohd Arif, 9, dan adiknya Mohd Firdaus, 4, manakala abang mereka Mohd Masril Mat Ludin, 14, yang cedera parah dan koma, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Tiga beradik itu dipercayai menaiki sebuah motosikal dari Pekan Manir ke Pulau Bahagia, sebelum dilanggar sebuah kereta yang cuba mengelak seekor lembu dari arah bertentangan.

Ibu tiga beradik itu Ramlah Ismail, 41, yang berasal dari Padang Tengir di sini, berkata, anaknya Mohd Masril sering menghantar adiknya Mohd Arif ke kelas malam di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam setiap kali hujung minggu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada malam semalam, Mohd Firdaus ingin mengikut kedua-dua abangnya.

Ramlah berkata, beliau menyedari kejadian itu kira-kira 9 malam setelah diberitahu rakan Mohd Masril yang melihat motosikal anaknya dilanggar kereta.

"Masa itu saya dah agak mereka terlibat dalam kemalangan, tapi saya sangka mereka hanya cedera ringan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSNZ di sini, hari ini.

Beliau berkata, Mohd Masril biasanya akan menggunakan jalan kampung untuk menghantar adiknya ke sekolah yang terletak beberapa kilometer dari rumahnya itu.

"Sebaik sahaja saya menerima berita daripada rakan Masril, saya terus ke tempat yang dikatakan itu, tetapi alangkah terkejutnya apabila melihat dua anak saya telah meninggal (dunia) manakala Masril telah dihantar orang ke hospital," katanya.

Jenazah kedua-dua anaknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Tengir, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin mengesahkan kejadian itu

2 pelajar lemas semasa cari siput




Oleh YATIMIN ABDULLAH

IBU Mohd. Azhar, Fatimah Ismail terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga selepas mengetahui kematian anaknya itu di Pantai Sri Tujoh, Tumpat semalam.

TUMPAT - Hasrat lima remaja yang pertama kali keluar mencari siput 'tijah' bertukar tragedi apabila dua daripada mereka mati lemas di Pantai Sri Tujoh, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Khalid Munap berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari selepas lima minit mereka turun ke muara pantai tersebut untuk mencari siput.

Katanya, dua yang mati lemas ialah Mohd. Azimin Abdullah, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Berangan dan sepupunya, Mohd. Azhar Ab. Rahim, 18, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Biji Wangsa, di sini.

"Kedua-dua mangsa dikatakan tidak dapat mengimbangi badan semasa berada di muara lalu terjatuh dan terkapai-kapai di dalam air sebelum tenggelam," katanya ketika ditemui semalam.

Isteri curang bijak simpan rahsia




Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

WANITA bijak menyimpan rahsia hinggalah kecurangan mereka terbongkar.

KISAH isteri curang atau suami menangkap isteri berkhalwat dengan lelaki lain semakin kerap dilaporkan media kebelakangan ini.

Kes terbaru berlaku di Kuantan, Pahang, 5 Julai lalu. Seorang suami, dikenali sebagai Muhammad yang mengesyaki isterinya bermain kayu tiga bertindak memasang perangkap dengan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Menurut Muhammad, pada mulanya beliau tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu sibuk dengan perniagaan butiknya.

“Namun, saya sendiri yang menangkapnya ketika dia berdua-duaan dengan seorang lelaki lain di sebuah bilik sewa yang terletak di atas sebuah restoran,” cerita beliau.

Bagi Halim (bukan nama sebenar) pula, dia tidak menyangka isterinya Halimah (nama samaran) yang berperwatakan baik sanggup menjalin hubungan sulit dengan suami orang.

“Sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikit pun saya meragui kesetiaannya memandangkan perkahwinan kami atas dasar suka sama suka,” katanya dalam ruangan forum Internet.

Halim memberitahu, ketika dia bersusah payah membangunkan perniagaan, Halimah merupakan menjadi sumber inspirasinya.

Isterinya juga melayannya dengan penuh kasih sayang dan rumah tangga mereka bertambah bahagia selepas dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.

Namun, ada juga rakan memberitahu Halim mereka pernah melihat Halimah bersama lelaki lain dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak diendahkan Halim.

Pada suatu hari, kereta yang dipandu Halim rosak dan beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mengambil sebuah lagi keretanya.

Di rumah, Halim terkejut besar melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang. Dengan segala kudrat, Halim mengejar lelaki itu dan berjaya menangkapnya.

Meningkat

Tetapi apa yang menyedihkan, Halim mendapati isterinya berada dalam keadaan kusut dan memakai baju tidur tanpa coli di ruang tamu. Mereka berdua akhirnya bercerai.

Menurut seorang peguam syarie, Musa Awang, kes perceraian akibat isteri curang seperti yang dilalui Muhammad dan Halim itu meningkat 20 peratus setiap tahun.

“Perkara ini cukup serius terutama bagi pasangan suami isteri yang menetap di bandar besar. Saya berpendapat antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja.

“Mereka kurang bersama suami dan jika ada masalah rumah tangga, mereka akan berkongsi dengan orang ketiga yang suka mengambil kesempatan,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan kes cerai di mahkamah syariah.

Beliau berpendapat, perkara-perkara itu boleh menyebabkan hubungan suami dan isteri renggang, bergaduh dan akhirnya memilih cerai sebagai jalan untuk keluar daripada konflik rumah tangga.

Musa tidak menyalahkan isteri seratus peratus. Suami juga, katanya, mungkin menjadi punca isteri curang, misalnya suami tidak menunaikan tanggungjawab zahir dan batin.

“Selain itu, suami sendiri mungkin curang terlebih dahulu hingga menyebabkan isteri beralih cinta kepada orang lain. Begitu juga jika suami berpoligami tanpa kebenaran, berperwatakan kasar dan suka memukul isteri,” terang beliau.

Musa memberitahu, dalam keadaan itu, perceraian dianggap penyelesaian terbaik.

Bagi Pengarah Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM), Linda Jamaluddin, masalah bermula apabila si isteri mengadu kepada orang lain yang tidak berkaitan.

Katanya, wanita lebih terdorong untuk berjumpa teman sepejabat atau jiran-jiran untuk meluahkan perasaan.

Cinta sepejabat

“Daripada situlah timbul perasaan kasihan lebih-lebih lagi kawan lelaki hingga membibitkan cinta terlarang,” katanya.

Linda berpendapat kecurangan berlaku disebabkan masalah komunikasi dalam rumah tangga. Suami tidak memahami isteri dan begitulah sebaliknya. Faktor lain ialah suami tidak mahu berkongsi kerja dan tugas menguruskan rumah tangga.

MEDIA akhir-akhir ini kerap melaporkan kisah suami menangkap isterinya berdua-duaan dengan lelaki lain.

“Kesilapan paling utama adalah apabila suami atau isteri berkongsi masalah rumah tangga dengan orang lain hingga menimbulkan masalah lain khususnya curang,” hujah beliau.

Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali memberitahu, kecurangan merupakan salah satu punca perceraian di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka yang tepat berhubung kes cerai yang melibatkan isteri curang.

“Kes cerai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ialah sebanyak 15 hingga 18 peratus berbanding jumlah perkahwinan yang didaftarkan setiap tahun,” katanya.

Che Mat memberitahu, faktor kewangan suami yang tidak stabil selain cabaran kehidupan di bandar besar juga boleh mengakibatkan isteri curang.

“Dahulu, rata-rata isteri menjadi suri rumah tetapi kini kebanyakan mereka bekerja. Pergaulan di pejabat juga menjadi sebab isteri bermain kayu tiga selain waktu yang singkat bersama suami sendiri.

“Lagipun tempoh perkahwinan selama satu hingga lima tahun merupakan tempoh yang kritikal dan pasangan suami isteri yang dapat menghadapinya dengan baik mungkin perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Pakar psikologi, Dr. Suradi Salim pula berpandangan manusia sebenarnya tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

“Manusia bukan malaikat. Seperti curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukannya,” katanya. Namun, menurut Suradi lelaki lebih cenderung bersikap curang kerana sikap ego mereka.

“Wanita dikenali dengan kesetiaan tetapi lebih berbahaya kerana mereka bijak menyimpan kecurangan mereka,” terang beliau.

Iran hantar roket, angkasawan 2019




GAMBAR fail pada 18 April lalu menunjukkan Mahmoud (dua dari kiri) diberi penerangan ketika menyaksikan sebuah roket untuk misi projek angkasa lepas pada perbarisan tentera Iran.

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin mengumumkan negara itu kini bersedia melancarkan misi pertama kapal angkasa ulang-alik sendiri yang lengkap dengan pasukan angkasawan menjelang 2019, lapor stesen Press TV.

Misi itu katanya, perlu disegerakan dalam tempoh lima tahun bagi tujuan pertahanan ekoran tindakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru bulan lalu susulan projek nuklear Iran yang dipertikaikan.

"Kita berharap boleh menghantar angkasawan ke bulan bagi menyaingi musuh-musuh kita dalam bidang pertahanan aeroangkasa," kata Mahmoud merujuk kejayaan Iran melancarkan sendiri roket Kavoshgar-3 yang membawa satelit negara itu.

Tahun lalu, Iran berjaya melancarkan satelit Omid buatan tempatan buat kali pertama ke orbit angkasa lepas bagi kegunaan telekomunikasi dan penyelidikan secara aman. - AP

Sabtu, Julai 17, 2010

GRO degil: 72 ditahan serbuan ke-11


Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
2010/07/17

JOHOR BAHRU: Bukan saja bersuka ria meneguk minuman keras, malah pengunjung sebuah pusat hiburan di bandar raya ini turut dihidangkan ‘daging segar’ terdiri 72 pelayan pelanggan (GRO) warga asing seksi sebagai pemanas badan.

Dengan bayaran tertentu, GRO genit terbabit sudi dibawa ke ranjang, malah pelanggan tidak perlu meminta diskaun kerana saingan sengit di kalangan GRO itu sendiri membolehkan harga dirunding hingga ke angka minimum.

Bagi memanaskan saingan, satu lagi kumpulan GRO terdiri wanita tempatan turut berebut pelanggan manakala pengunjung pula senang hati kerana menjadi rebutan.

Bagaimanapun, kehangatan pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir di sini, tidak bertahan lama apabila premis terbabit diserbu Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, malam kelmarin.

Lebih mengejutkan, ia serbuan ke-11 membabitkan premis hiburan terbabit.

Timbalan Pengarah D7, Asisten Komisioner Sanusi Sidek berkata, serbuan silih berganti langsung tidak memberi pengajaran kepada pemilik premis terbabit, malah kian galak menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang.


“Dalam serbuan ini, 110 pelanggan turut diperiksa termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, manakala 72 GRO ditahan untuk membantu siasatan.

“Berdasarkan pecahan, warga China majoriti GRO membabitkan 60 wanita, Vietnam (dua), 10 lagi belum dapat dipastikan kerakyatan berikutan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri,” katanya.


Selain itu, ada pelanggan turut mengambil dadah sebelum berhibur berikutan penemuan pelbagai jenis pil dibuang bagi mengelak ditahan.

“Kami percaya sejurus menyedari kehadiran polis, mereka membuang pil serta dadah itu ke lantai.

“Polis turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap pelanggan dan ada positif dadah,” katanya.

GRO ditahan akan didakwa mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas dan individu positif dadah pula mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Siswi rempuh, cekup peragut


Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/07/17


SHAH ALAM: Tindakan berani pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM), memecut laju motosikalnya sejurus diragut bukan saja berjaya menangkap penjenayah terbabit, malah membantu polis menyelesaikan beberapa kes berkaitan ragut dan samun di sekitar daerah ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, mangsa berusia 23 tahun, menunggang motosikal menghadiri kuliah sebelum motosikalnya diekori seorang lelaki.

Sebaik tiba di Persiaran Raja Mud, motosikal ditungganginya dipintas penjenayah yang kemudian menyambar beg tangan yang diletak dalam bakul sebelum memecut laju motosikalnya menuju Seksyen 3.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, mangsa dengan berani mengejar penjenayah itu sejauh 1.5 kilometer hingga ke Jalan Jati, Seksyen 3, sebelum melanggar lelaki itu berdekatan satu pusingan U.

“Akibat rempuhan itu, mangsa dan suspek terjatuh dari motosikal masing-masing sebelum penjenayah terbabit yang cedera ringan cuba melarikan diri.

“Mangsa menjerit meminta tolong dan jeritannya didengar dua pegawai polis yang kebetulan berada di restoran berhampiran sebelum mereka bersama orang ramai mengejar penjenayah dan menahannya,” katanya.

Mangsa turut cedera ringan akibat terjatuh dari motosikal menerima rawatan di klinik berdekatan sebelum membuat laporan polis manakala beg tangannya ditemui semula.

Noor Azam berkata, berdasarkan pemeriksaan rekod jenayah, suspek berusia lewat 30-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di daerah ini mempunyai lima rekod dadah.

Dengan tertangkapnya suspek, polis menyelesaikan lima kes ragut di daerah ini. Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai berhati-hati dan jangan sesekali memberi ruang dan peluang kepada penjenayah melakukan kerja jahat mereka.

“Saya harap orang ramai terutama wanita membawa beg tangan berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Letupan bom di masjid, 27 terbunuh




TEHRAN - Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban dalam insiden letupan bom di sebuah masjid di Zahedan, wilayah Sistan-Baluchistan, lewat malam kelmarin.

Timbalan gabenor wilayah itu, Jalal Sayyah berkata, lebih daripada 100 orang turut cedera dalam kejadian itu apabila dua bom meletup secara berturutan.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam keganasan itu tetapi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ali Abdollahi tidak menolak kemungkinan letupan bom di masjid itu dilakukan puak militan Jundallah.

Puak militan itu pernah melakukan beberapa siri serangan bom di sebuah masjid di Zahedan serta mengorbankan dan mencederakan lebih 120 orang.

Bulan lalu, kerajaan Iran melaksanakan hukuman gantung terhadap ketua puak militan itu, Abdulhamid Rigi, atas kesalahan melakukan serangan ke atas orang awam, rompakan bersenjata dan kempen memburukkan nama negara.

Hubungan Turki, AS meruncing




ISTANBUL - Hubungan dua hala di antara Turki dan Amerika Syarikat dilaporkan semakin meruncing, menurut pendedahan media Turki sejak beberapa hari lalu.

Ketegangan memuncak di antara kedua-dua anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) itu selepas wujud perbezaan pendapat mengenai insiden serangan tentera rejim ke atas konvoi Freedom Flotilla ke Gaza.

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam AS kerana tidak mengambil tindakan yang sepatutnya berhubung kematian rakyat Amerika berdarah Turki, Furkan Dogan, 19, yang ditembak mati oleh tentera Israel semasa serangan ganas rejim itu ke atas konvoi tersebut.

"Nampak jelas bahawa pentadbiran AS tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung Furkan. Adakah mereka tidak mempertahankan hak Furkan kerana dia berdarah Turki?," katanya.

Duta AS di Turki, James Jeffrey, dalam kenyataan balasnya berkata, kerajaan AS mengambil berat berhubung kes Furkan dan kesal dengan kenyataan Erdogan itu.

"Jika laporan media itu adalah benar, maka kami merasakan kenyataan itu sangat mengecewakan dan membimbangkan," katanya.

Jeffrey juga menuduh Turki tidak bekerjasama dalam menjalankan penyiasatan berhubung kematian Furkan kerana didakwa mengambil masa yang lama sebelum menyerahkan laporan bedah siasat kepada kerajaan AS.

Kemerosotan hubungan dua negara itu mula dilaporkan sejurus pertemuan Presiden AS, Barack Obama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington, minggu lalu.

Niat mandi bertukar tragedi




POKOK SENA - Seorang murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di sini lemas di dasar kolam tapak pembinaan yang sedang dibina untuk tujuan loji kumbahan, petang kelmarin.

Mangsa, Tan Chu Kit, 11, dipercayai mati di dalam kolam tersebut yang berselut selepas dia terjun dari pembetung untuk mandi di situ.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Kiew, Zakaria Ismail berkata, beliau difahamkan oleh penduduk kampung bahawa mangsa yang tinggal di Taman Damai sering kelihatan bermain di kawasan berkenaan sebelum ini.

Menurutnya, penduduk yang tinggal berhampiran kolam tersebut sedar akan kehadiran sekumpulan kanak-kanak tersebut dan pada kebiasaannya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini sebelum salah seorang daripada mereka meluru kepada seorang penduduk untuk meminta tolong.

“Saya difahamkan oleh penduduk kampung, mangsa berdiri di atas pembetung sebelum terjun ke dalam kolam dan apabila terjun, mangsa tidak timbul dan ia mungkin disebabkan terlekat di dalam selut yang berada di dasar kolam berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu menggamitkan suasana di kawasan sekitar dan menyebabkan penduduk hadir untuk melihat apa yang berlaku.

Sementara itu, kakak sulung mangsa, Tan Yong Van, 17, ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar berkata, sewaktu kejadian, dia dan ibunya, Susila Dewi, 42, berada di kilang bihun yang berdekatan sebelum dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, dia dan keluarganya tidak tahu bahawa adiknya selalu bermain di kawasan tapak kolam tersebut.

“Sewaktu kejadian saya dan ibu berada di kilang bihun berhampiran sebelum dimaklumkan mengenai kejadian oleh penduduk kepada kami dan tidak menyangka perkara yang buruk akan menimpanya,” katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan, mangsa yang tenggelam di dalam kolam tersebut dijumpai oleh penduduk yang turun untuk mencarinya dan mayat mangsa dihantar oleh pihak polis ke HSB untuk dibedah siasat.

Penduduk gempar buih-buih kecil mampu nyalakan api




BAGAN DATOH - Penemuan gas bawah tanah menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Tiang Baroh, di sini memandangkan tiada tanda-tanda kawasan itu mempunyai hasil seperti itu.

Mohd Shamsuri Abdul Rahim yang menemui sumber bahan api itu berkata, pada mulanya dia tidak menyangka itu adalah gas kerana berada di dalam parit dan cuma mengeluarkan buih-buih kecil.

Menurutnya, dia tergerak untuk menguji kawasan berbuih itu setelah dicadangkan kawannya yang pernah menemui kejadian sama di kebun berhampiran.

“Buih-buih ini memang sudah lama sebenarnya dan saya anggap ia benda biasa tetapi setelah kawan saya menceritakan pengalamannya, saya ingin mencuba.

“Saya tutup kawasan berbuih itu dengan botol yang diubah suai dan apabila saya nyalakan dengan pemetik api, memang ada api menyala tetapi kecil,” katanya.

Shamsuri berkata, kejadian itu sungguh menakjubkan dan sepanjang tujuh tahun tinggal di situ dia tidak pernah terfikir ia boleh berlaku.

Dia yang juga ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Tiang Baroh berkata, ketua kampung itu sudah dimaklumkan dengan kehadiran gas itu.

"Jika benar gas ini wujud, apakah ia akan membahayakan penduduk kerana saya juga bimbang keselamatan keluarga kerana kawasan itu berhampiran dengan rumah," katanya.

Pemenang Piala Thomas pertama meninggal dunia




TANJUNG – Hajatnya menggenggam penghargaan dari Kerajaan Negeri kerana jasanya berjaya menggondol kejuaraan pada Piala Thomas 1949 tercapai jua walaupun hanya mengecapnya selama tujuh hari.

Ini kerana, Law Teik Hock, 89, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya pada 14 Julai lalu.

Sebelum itu, beliau terjatuh di rumahnya pada 28 Jun lalu dan terlantar sakit sehingga ke akhir hayatnya.

Sebelum meninggal dunia, keluarga Teik Hock sempat membacakan doa buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 petang dengan disaksikan anak dan isteri.

Teik Hock yang meninggalkan isteri dan seorang anak itu adalah pemain pertama negara yang menjulang Piala Thomas pada 1949.

Pada kejuaraan itu, Malaysia hanya dikenali dengan nama Malaya dan masih tertulis dalam kawasan Siam.

Isterinya, Ng Suan Gaik, 69, berkata, mendiang suaminya itu masih bersemangat walaupun keadaannya kurang mengizinkan.

Menurutnya, Teik Hock juga bersabar menanti kedatangan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Lydia Ong Kok Fooi bersama dengan wakil Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang yang dikatakan hendak datang ke rumahnya.

“Dia tetap menanti dan seolah-olah tahu ada yang hendak memberi penghargaan kepadanya, dan ajalnya seperti menunggu sahaja dan memberi peluang kepada beliau dulu.

“Seminggu selepas lawatan Lydia dan wakil MSN, dia terus tiada dan saya rasa dia tenang apabila tahu ada orang datang memberi penghargaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Mesyuarat pertama meja bulat UPSR, PMR Isnin ini

2010/07/16 PUTRAJAYA: Perbincangan meja bulat yang pertama mengenai cadangan pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diadakan di sini, Isnin ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata perbincangan yang akan dipengerusikan oleh beliau sendiri dan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan dihadiri kira-kira 100 warga pendidik. "Antara yang akan menghadirinya ialah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Pengarah Bahagian di kementerian, Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua, Guru Besar, Kesatuan dan Persatuan Guru," katanya kepada Bernama. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara mendalam maklum balas terhadap cadangan untuk memansuhkan UPSR dan PMR.

"Semua pihak berkepentingan akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi berkenaan untuk memberi pandangan masing-masing, katanya.

Alimuddin berkata mesyuarat itu tidak akan membuat sebarang keputusan tetapi akan mendapatkan input dan memberi peluang kepada kementerian untuk menyampaikan penerangan berhubung cadangan pemansuhan kedua-dua peperiksaan berkenaan.

"Penerangan dari segi kewajaran pemansuhan peperiksaan akan dibentangkan oleh Lembaga Peperiksaan dan para peserta akan diberi peluang untuk memberikan pandangan masing-masing," katanya.
Beliau berkata perbincangan kedua pula akan diadakan pada 27 Julai yang akan melibatkan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik dan pihak lain yang berminat serta berkepentingan dalam isu itu.

Alimuddin berkata input-input yang diperolehi akan dikumpulkan termasuk dari pandangan orang ramai yang disampaikan melalui media cetak dan elektronik serta e-mel yang diterima oleh kementerian.

"Kita akan merumuskan semua input yang diterima sebelum dikemukakan kepada Menteri Pelajaran pada pertengahan Ogos ini," katanya. - BERNAMA

Indonesia tahan pengedar video seks Ariel


JAKARTA: Polis Indonesia hari ini menahan jurutera muzik yang didakwa memuat naik video seks peribadi penyanyi rock popular negara itu.

Polis berkata, suspek dikenali sebagai RJ sudah bekerja di studio bersama penyanyi Nazril Ariel, 28, yang turut ditahan bulan lalu susulan video lucah terbabit.

“RJ adalah seorang penyunting lagu Ariel. Klip terbabit dibawa keluar dari komputer mudah alih Ariel,” katanya.

Susulan kejadian itu, 10 individu ditahan di bawah undang-undang anti-lucah Indonesia, apabila didapati mempunyai kaitan dengan skandal PeterPorn

Rasionalisasi subsidi minyak tidak jejaskan PROTON

2010/07/16

KUALA LUMPUR: Langkah merasionalisasi subsidi minyak tidak akan menjejaskan pelan jangka masa panjang pengeluaran kereta PROTON, kata Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

"Kemungkinan, pada tempoh jangka pendek, ia akan menjejaskan sedikit. Tetapi, pada tempoh jangka panjang, saya merasakan permintaan akan menyelaraskan keadaan secara sendiri dan tidak akan menjejaskan sasaran asal PROTON."
"Dalam keadaan sekarang, kereta berenjin kecil, bukan saja PROTON malah PERODUA juga akan mengambil kesempatan ini dengan mempromosikan kereta yang mampu digunakan oleh pelanggan," katanya

Sehubungan itu, Syed Zainal Abidin berkata, PROTON akan mempromosikan model Proton Saga BLM sebagai kenderaan yang jimat minyak kepada pengguna.

Beliau berkata demikian selepas majlis sumbangan sebuah Proton Exora kepada Yayasan Institut Jantung Negara (YIJN) hari ini.

Mengulas perancangan syarikat kereta Audi dan Toyota yang dikatakan akan membuat pemasangan kereta di Malaysia, beliau berpendapat bahawa rancangan itu tidak akan menjejaskan PROTON memandangkan kedua-dua syarikat itu kini lebih menumpukan kepada pasaran eksport. - Bernama

Khamis, Julai 15, 2010

Elaun ADUN Seri Serdang dipotong kerana hina Dewan



15/07/2010 7:26pm

SHAH ALAM 15 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul supaya elaun khas ADUN Seri Serdang, Datuk Mohamed Satim Diman dipotong sebanyak RM1,500 setelah didapati bersalah menghina dewan.

Keputusan itu diumumkan Speaker DUN, Teng Chang Kim setelah majoriti ADUN menyokong usul itu yang dikemukakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sesi perbahasan Bajet 2010 pada November tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri sidang dewan hari ini, Teng berkata, keputusan itu dibuat ekoran kegagalan Mohamed Satim menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) DUN.

Usul supaya beliau dirujuk kepada JKHK dikemukakan Abdul Khalid mengikut Peraturan Tetap 26 setelah didapati mengeluarkan kenyataan tidak sahih dan berasas terhadap Abdul Khalid pada sesi perbahasan Bajet 2010.

Pada sesi perbahasan itu, ADUN Barisan Nasional itu berkata, Khalid tidak berupaya membayar pinjaman Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM66.6 juta untuk membeli 200 juta (20 peratus) saham Kumpulan Guthrie Berhad pada tahun 1998. - Bernama

Pelarasan Subsidi Dapat Pelbagai Reaksi NGO


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama)-- Penyelarasan subsidi untuk beberapa barangan seperti gula dan petrol yang diumum hari ini diterima baik oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr David Quek berkata pengurangan subsidi gula sebanyak 25 sen sekilo akan memberi kesan yang baik kepada kesihatan rakyat kerana ia boleh mengurangkan pengambilan gula dalam pemakanan.

"Pesakit diabetes telah meningkat dengan banyak. Hasil kajian pada 2006 mendapati 14 hingga 15 peratus rakyat menghidap diabetes berbanding hanya tujuh ke lapan peratus 10 tahun lepas," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata peningkatan ini jelas menunjukkan taraf kesihatan rakyat yang semakin menurun dan rakyat kurang prihatin dalam menjaga kesihatan.

"Oleh itu kami menyokong pengurangan subsidi gula ini demi kesihatan rakyat, dan kami berharap rakyat boleh mengurangkan pengambilan gula," katanya.



Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang-Barang Runcit Lean Hing Chuan ketika dihubungi turut sependapat dengan Dr David.

"Kerajaan dah banyak tanggung subsidi...tak baguslah. Bila subsidi kurang, orang ramai akan kurang makan gula. Boleh kurangkan penyakit diabetes," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N.Marimuthu berkata pengurangan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 5 sen itu tidak memberi kesan besar kepada rakyat.

"Kerajaan telah banyak belanjakan wang semata-mata untuk tampung subisidi yang semakin meningkat. Jadi sewajarnya rakyat menerima keputusan ini dengan hati terbuka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Khamis.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata satu sistem subsidi yang telus patut diwujudkan bagi memastikan subsidi dinikmati oleh golongan yang layak.

"Subsidi terutamanya gas turut dinikmati oleh golongan yang tidak layak seperti golongan kaya," katanya.

Beliau berkata rakyat tidak boleh bergantung terus kepada subsidi yang ditanggung oleh kerajaan seperti barang keperluan dan rakyat sewajarnya memikirkan alternatif lain.

Nadzim turut menyeru pihak berkuasa membuat pemantauan berkala bagi menangani masalah peniaga yang suka menaikkan harga barangan kesan pengurangan subsidi minyak.

Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesesn Minyak (PDAM) Datuk Zulkifli Abdul Mokti pula berkata persatuan itu menyambut baik pengurangan subsidi harga petrol dan berpendapat pengguna harus bijak dalam menggunakan barangan kawalan supaya bebannya tidak terlalu dirasai.

"Tapi rakyat Malaysia tidak kisah tentang perkara ini, dan terus menggunakan barang-barang tanpa berhemat selain hanya bergantung kepada kerajaan untuk mengurangkan beban mereka," katanya.

Kerajaan Selaraskan Harga Subsidi Untuk Masa Depan Malaysia


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan hari Khamis mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.

Najib berkata penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunan bahan api di Malaysia.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram," katanya.

Menurut Najib kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.

"Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.

Walaupun telah membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini," katanya.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.

Keputusan mengurangkan subsidi bahan api dan gula adalah berasaskan pada hakikat bahawa pengurangan subsidi bahan api akan memberi impak terbesar ke atas perbelanjaan manakala pengurangan subsidi gula pula membolehkan kerajaan mempromosi gaya hidup sihat.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu adalah berasaskan tiga perkara penting.

Pertama, subsidi itu turut memberi manfaat kepada rakyat asing dan golongan rakyat tempatan yang berpendapatan tinggi, yang mampu membayar harga tanpa subsidi.

Tumpuan kerajaan sepatutnya membantu keluarga yang berkongsi motosikal atau Kancil untuk ke tempat kerja dan sekolah, tetapi sebaliknya perbelanjaan subsidi turut memberi manfaat kepada mereka yang memandu kereta mewah, katanya.

Subsidi gula yang berlebihan pula memberi manfaat kepada industri dan bukan keluarga. Sektor perniagaan menggunakan hampir dua kali ganda gula bersubsidi berbanding isi rumah.

Kedua, barangan bersubsidi tinggi menjurus kepada aktiviti penyeludupan kerana barangan terbabit berharga paling murah di rantau ini.

Pada 2009 sahaja, Najib berkata penyeludup membawa keluar lebih 200 tan metrik gula merentas sempadan.

"Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran dan bukan memberi manfaat kepada golongan yang kita mahu bantu," kata Perdana Menteri.

Ketiga, kecuali kerajaan mengurangkan penggunaan bahan api dan gula, negara akan menghadapi kesan yang serius.

Najib berkata kerajaan membuat keputusan ini selepas mengadakan perundingan dengan rakyat.

"Beribu-ribu rakyat Malaysia mengambil bahagian pada Hari Terbuka Makmal Dasar dalam proses mendapatkan maklum balas, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Bagi reformasi subsidi, bajet, Program Transformasi Kerajaan dan kini Bidang NKEA, kerajaan melibatkan orang ramai, mendengar dan belajar, dan bertindak, mengikut keutamaan negara," katanya.

Beliau berkata langkah ini dilaksanakan supaya ia hanya memberi impak yang minimum ke atas keluarga, dan pada masa yang sama memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

"Kerajaan membuat keputusan yang sukar, namun berani," kata Najib.

Dengan memilih untuk melaksanakan reformasi subsidi ini, kerajaan mengambil langkah penting dan tepat dalam memenuhi komitmennya untuk mengurangkan defisit fiskal, tanpa membebankan rakyat Malaysia, kata Najib.

Perdana Menteri berkata langkah ini akan meningkatkan kestabilan kewangan Malaysia dan pada masa yang sama melindungi rakyat.

-- BERNAMA

800 batang kayu balak dirampas di Hutan Simpan Bintang Hijau




LENGGONG - Kira-kira 800 batang kayu balak bernilai lebih RM250,000 yang ditebang pembalak haram dirampas dalam satu serbuan oleh Jabatan Perhutanan Perak dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Hutan Simpan Bintang Hijau dekat sini, hari ini.

Kayu-kayu balak termasuk yang siap digergaji itu ditemui di lapan lokasi hutan tersebut.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat dalam operasi yang bermula 5 pagi hingga 11 pagi itu membabitkan 21 pegawai jabatan dan SPRM dari Putrajaya dan Perak.


Jurucakap Jabatan Perhutanan berkata, sebuah jentolak, sebuah jip dan mesin pemotong turut dirampas.

Bercakap kepada pemberita yang menyertai operasi itu, beliau berkata, lokasi pembalakan haram itu membabitkan kawasan tadahan air.

Katanya, kegiatan berkenaan dipercayai telah berjalan sejak beberapa minggu lepas dan berdasarkan kawasan hutan yang ditebang, dianggarkan kayu balak bernilai kira-kira RM500,000 telah dibawa keluar sebelum ini.

Beliau berkata, sindiket pembalakan haram kini menggunakan taktik baru mengabui pihak berkuasa iaitu dengan membawa kayu yang siap digergaji.

Pasukan berkenaan terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer ke beberapa lokasi berkenaan kerana laluan kenderaan telah disekat dengan kayu balak.

Antara kayu balak yang dirampas itu ialah jenis chengal, meranti,merbau dan balau, katanya.

Kayu chengal adalah spesies termahal di pasaran dengan harga RM8,000 se tan manakala jenis lain pula antara RM4,500 dan RM8,000 tetapi harga pasaran gelap mungkin separuh daripada itu, tambahnya.

Masjid dan surau terima sumbangan untuk imarah bulan Ramadan




KUALA TERENGGANU - Sebanyak 487 buah masjid kerajaan dan mukim di negeri Terengganu bakal menerima sumbangan kewangan daripada kerajaan negeri untuk perbelanjaan program keagamaan pada bulan puasa ini.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Sheikh Harun Ismail berkata, bagi masjid negeri, kerajaan negeri memberikan sumbangan sebanyak RM2,000 manakala masjid mukim pula akan menerima RM1,000.

"Sumbangan itu bertujuan untuk menghidupkan lagi program-program keagamaan di masjid sepanjang bulan tersebut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Sheikh Harun berkata, sumbangan serupa juga akan diberikan kepada 1,300 buah surau iaitu antara RM300 dan RM500 sebuah untuk tujuan yang sama.


Dalam pada itu, beliau berkata, masjid-masjid juga akan melancarkan tabung "Ihya' Ramadan" dan orang ramai bolehlah menghulurkan sumbangan pada tabung tersebut.

Sementara itu, JHEAT akan mengimport imam dari Universiti Al-Azhar Mesir untuk menjadi imam tarawih di masjid-masjid terpilih di Terengganu pada bulan puasa ini.

Di samping itu, katanya JHEAT juga akan menggunakan tenaga guru-guru Mesir dan Sudan yang bertugas di sekolah-sekolah menengah agama di negeri ini menjadi imam tarawih di daerah masing-masing.

Ketika ini, terdapat seramai 10 orang guru Mesir dan Sudan di negeri Terengganu, katanya.

Selain itu, Sheikh Harun berkata, pada bulan puasa ini, JHEAT akan meningkatkan rondaan bagi memastikan umat Islam tidak makan pada waktu siang hari.

Sehubungan itu, beliau meminta peniaga-peniaga bekerjasama tidak menjualkan makanan kepada orang Islam sebelum pukul 3 petang.

Penganjur skim cepat kaya India dipercayai bersembunyi di Malaysia


2010/07/15

CHENNAI: Polis Tamil Nadu akan mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan seorang warga India yang dipercayai melarikan diri ke Malaysia sejak hampir 10 tahun lalu selepas melakukan penipuan berjumlah berjuta-juta ringgit melalui skim pelaburan haram.

Bahagian Kesalahan Kewangan (EOW) Tamil Nadu sedang memburu V Shanmugam selepas polis Bangalore menahan isterinya, Unamalai, 59, sejurus tiba dari Malaysia pada Isnin lalu.


Pasangan itu bersama anak lelaki mereka S Harshavardhan, menghilangkan diri sejak 1991 selepas Mahkamah Tinggi Madras mengenakan ikat jamin RM1 juta selepas mereka ditangkap dan dituduh menipu 46,000 pendeposit dalam skim pelaburan itu di Chennai.


"Kami memaklumkan kepada Interpol tentang mereka dan meletakkan notis "Orang Yang Dikehendaki" di semua lapangan terbang.


"Unamalai sering pulang ke India selepas melarikan diri ke Malaysia dan wanita ini berkata suaminya masih berada di Malaysia. Bagaimanapun, dia tidak pula menyatakan di mana anaknya berada," kata A Anarkali Begum, Timbalan Penguasa Polis EOW Tamil Nadu kepada Bernama.


Keluarga berkenaan menganjurkan skim cepat kaya dikenali sebagai Alwarpet Chit Funds yang menjanjikan pulangan tinggi bagi setiap pelaburan.


Bagaimanapun, syarikat itu yang dilaporkan mengutip hampir RM10 juta daripada pelabur tempatan, gagal melunaskan bayaran seperti yang dijanjikan.-Bernama

Petrol naik 5 sen, gula 25 sen


2010/07/15

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengumumkan pelarasan harga petrol RON95 dan diesel akan meningkat lima sen setiap liter mulai esok manakala harga petrol RON97 akan diapungkan berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Sementara gula aakan dijual pada harga RM1.90 sekilogram mulai esok berikutan pelarasan subsidi sebanyak 25 Sen.


Acu parang di leher


Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
2010/07/15

TEMERLOH: “Perompak itu mengarahkan saya bangun dan diam ketika mengejutkan dari tidur sebelum seorang daripadanya mengacukan parang di leher,” kata peniaga, Suhaizal Yusuf, 32, menceritakan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Bangau Tanjung di sini, dimasuki empat perompak bertopeng, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, keempat-empat perompak terbabit dipercayai warga Indonesia mati selepas ditembak polis berhampiran sebuah kilang papan di Kawasan Perindustrian Songsang di sini, kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa.

Menurut Suhaizal, dia tidur kira-kira jam 1 pagi sejurus pulang bertemu rakan di pusat bandar dan tidak sedar rumahnya diceroboh penjenayah terbabit yang masuk selepas memotong jeriji tingkap bilik stor.

Katanya, dia hanya sedar apabila kolar bajunya direntap dengan kasar sehingga terkoyak dan melihat dua lelaki memakai topeng berdiri di sisinya sambil mengacu parang di leher.

“Mereka kemudian mengarahkan saya segera bangun dan jangan bising sebelum mengikat tangan saya. Mereka juga bertanya di mana saya menyimpan duit dan barang kemas tapi saya menjawab tidak ada,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Suhaizal berkata, perompak terbabit kemudian mengurungnya dalam bilik dan seorang daripada mereka mengawasinya supaya tidak lari, manakala tiga lagi menggeledah kediamannya.
“Kira-kira setengah jam kemudian, perompak terbabit beredar selepas mendapat barangan berharga dan mereka sempat menutup semua lampu serta pintu depan. Bagaimanapun, saya tidak terus keluar dari bilik kerana bimbang mereka masih ada di luar.

“Beberapa ketika kemudian selepas suasana sunyi, barulah saya memberanikan diri keluar dari bilik dan memasang lampu,” katanya.

Menurutnya, perompak terbabit mengunci pintu depan rumahnya dengan mangga dan membawa sekali kunci rumahnya supaya dia tidak meminta bantuan.

“Ini menyebabkan saya terpaksa keluar mengikut pintu belakang dengan tangan masih terikat dengan dawai yang dipotong dari ampaian.

“Selepas berjaya keluar rumah, saya berlari ke arah jalan besar dan menunggu di situ jika ada penduduk lalu-lalang untuk meminta bantuan.

“Kira-kira 10 minit menunggu, saya menahan seorang penunggang motosikal yang kebetulan kenalan saya dan meminta bantuannya membuka ikatan serta menghubungi polis,” katanya.

Menurutnya, rakannya kemudian beredar dari situ untuk mendapatkan bantuan dan tidak lama selepas itu datang semula bersama anggota polis peronda yang terus memaklumkan kejadian kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

“Sepasukan polis yang tiba kemudian memeriksa tempat kejadian serta mengambil keterangan sebelum saya dimaklumkan semua perompak terbabit sudah ditembak mati tidak jauh dari rumah saya.

“Walaupun terkejut menempuh detik mencemaskan kali pertama dirompak, saya bersyukur kerana ketika kejadian isteri dan anak tunggal saya tiada di rumah,” katanya.

Suhaizal berkata, isterinya berusia 33 tahun dan anak lelaki berusia setahun lima bulan tiada di rumah kerana mengikut anak saudaranya pulang ke kampung di Bentong.

“Isteri saya mengikut anak saudaranya kira-kira jam 8 malam tadi (kelmarin). Saya tak dapat bayangkan jika kedua-dua orang kesayangan saya ada di rumah, tentu keadaannya lebih menyeksakan.

“Apapun, saya bersyukur kerana tidak dicederakan walaupun kehilangan lima telefon bimbit, komputer riba, beg duit, jam tangan berjenama dan seutas gelang magnet,” katanya.


SJKC paling banyak dapat peruntukan bantuan modal dalam RMK-9



KUALA LUMPUR - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) paling banyak menerima peruntukan untuk sekolah bantuan modal daripada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi tempoh 2006 hingga 2008.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejumlah 444 buah SJKC telah menerima peruntukan itu dengan nilai RM25,408,761 dalam tempoh dua tahun itu.

Angka itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 772 buah sekolah bantuan modal di seluruh negara yang telah menerima peruntukan bantuan modal bernilai RM51,421,086 yang disalurkan di dalam RMK-9 bagi tempoh sama.

Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta dalam RMK-9 untuk disalurkan kepada sekolah bantuan modal.

"Peruntukan itu untuk disalurkan kepada semua Sekolah Bantuan Kerajaan (Bantuan Modal) yang terdiri daripada SJKC, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah mubaligh ," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Teo meminta kementerian menyatakan secara terperinci kegunaan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah RMK-9 untuk sekolah bantuan kerajaan setakat ini.

Selain SJKC, sejumlah 160 buah SJKT turut menerima bantuan sama dengan nilai RM15,474,410, diikuti 157 buah sekolah mubaligh (RM10,804,915) dan 11 buah SABK (733,000).

Bagaimanapun beliau berkata, Kementerian Pelajaran tidak menetapkan jumlah pecahan peruntukan itu mengikut aliran sekolah tertentu, tetapi berasaskan kepada keutamaan dan keperluan terutamanya bagi kes-kes yang melibatkan keselamatan sekolah dan keselesaan pembelajaran dan pengajaran.

Sementara itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri), Muhyiddin berkata, pendapat dan pandangan yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan yang memperjuangkan pelbagai perkara dan isu berkaitan pendidikan seperti persatuan guru dan badan-badan bukan kerajaan seperti Persatuan Dong Jiao Zong perlu didengar dan dikaji kesesuaiannya.

"Kementerian Pelajaran berpendapat adalah perlu tuntutan bertujuan untuk membangunkan pendidikan negara ini diketengahkan untuk dikaji dan dinilai, dan jika bersesuaian akan dilaksanakan," katanya.

Er meminta kementerian menyatakan usul-usul dan isi kandungan pertemuan dengan persatuan Dong Jiao Zong mengenai permasalahan SJKC sejak 2000.

Muhyiddin berkata, persatuan itu antara lain mahu kerajaan mengkaji kesesuaian pelaksanaan seksyen-seksyen di bawah Akta Pelajaran, mengambil langkah mengatasi masalah kekurangan guru dan menggesa ambilan guru pelatih Cina ke institusi pendidikan tinggi awam melalui lulusan sijil Unified Examination Certificate (UEC).

Persatuan itu turut memperjuangkan hak-hak yang boleh diberi keutamaan terhadap kebajikan guru, murid dan pembangunan SJKC dan memastikan bahawa pendudukan di SJKC tidak diabaikan oleh kerajaan, katanya.

Gadis 22 tahun dipercayai jadi keldai dadah di China



KUALA LUMPUR - Seorang gadis tempatan dikhuatiri menjadi mangsa sindiket keldai dadah atau telah dijual ke negara asing selepas dilaporkan hilang sejak Mei lepas.

Kejadian berlaku selepas Christina Anak Luke Niju, 22, dari Sandakan, Sabah yang mengikuti pengajian Diploma Perniagaan di sebuah politeknik di Kuching, Sarawak, mengenali seorang lelaki Afrika yang dikenali sebagai James melalui sebuah laman sosial pada awal tahun ini.

Menurut bapanya, Luke Niju Anak Panjang, anak sulung daripada dua beradik itu kemudian ke Kuala Lumpur untuk menemui James, yang dipercayai pelajar kolej swasta di Subang pada 24 April.

"Menurut rakan sebiliknya, Christina, memberitahu beliau akan ke China pada 29 April untuk mengikuti James bagi menjalankan perniagaan bersama-sama.

"Selepas itu tiada khabar daripadanya sehinggalah pada 10 Mei lepas apabila beliau menghubungi rakan sebiliknya melalui e-mail dan memberitahu bahawa dia dalam masalah dan tidak mempunyai wang untuk pulang," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini, hari ini.

Luke Niju, 58, berkata, Christina turut memaklumkan bahawa James telah meninggalkannya di China selepas menerima sejumlah wang dari seorang individu.

"Kami membuat laporan polis di Sandakan pada 6 Mei lepas setelah usaha menjejakinya melalui e-mel dan sistem pesanan ringkas gagal," katanya yang kemudian menghubungi Biro Pengaduan Awam MCA untuk meminta bantuan lanjut.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong berkata, beliau kesal dengan kegagalan pihak berkuasa tempatan untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa atau cuba mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai kehilangan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan dan maklumat dari Interpol untuk mengesan lokasi mangsa dan seterusnya membawa mangsa pulang ke tahah air.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails